Hak reproduktif wanita Tionghua kelas menengah rendah di Taman Sri Tanjung Sungai Petani Kedah Darul Aman / Lim Pei Pei

Lim , Pei Pei (1994) Hak reproduktif wanita Tionghua kelas menengah rendah di Taman Sri Tanjung Sungai Petani Kedah Darul Aman / Lim Pei Pei. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan satu kajian antropologi ke atas wanita-wanita Tionghua kelas menengah rendah di bandar Sungai Petani, Kedah. Fokusnya adalah ke atas wanita-wanita dari Taman Sri Tanjung, yakni sebuah kawasan perumahan kos rendah. Tujuan kajian ini ialah untuk mendokumentasikan serta menganalisis kewujudan, kesedaran dan pemahaman hak reproduktif wanita di kalangan mereka; di samping menguji reliabiliti aplikasi pendekatan-pendekatan dan konsep-konsep feminisme Barat dalam masyarakat Tionghua Malaysia. Bab I menghuraikan objektif, kepentingan, bidang dan metodologi kajian yang telah dijalankan. Selain daripada itu, satu gambaran juga telah diberikan mengenai lokasi serta masalah-masalah kajian. Satu penjelasan mengenai cara data-data kualitatif ini dianalisis turut disertakan. Bab II pula mengutarakan hujah-hujah tentang pendekatan-pendekatan dan konsep-konsep feminisme Barat. Di antaranya termasuklah definisi feminisme, pandangan feminisfeminis liberal, sosialis dan radikal terhadap ketaksamaan gender dan juga satu analisis terhadap konsep-konsep yang relevan dengan reproduktif wanita. Bab III memberikan satu deskripsi latar-belakang 13 orang responden tersebut, termasuklah keluarga mereka. Aspek sosio-ekonomi mereka turut dibincangkan. Di an taranya ialah umur, tahap pendidikan, pekerjaan serta pemilikan harta mereka. Data kuantitatif ini adalah amat berguna untuk menyokong penemuan-penemuan kajian. Bab IV adalah bab yang mengandungi pandangan serta persepsi wanita-wanita Tionghua ini. Satu analisis terhadap hak reproduktif responden-responden dikemukakan dan di antara aspekaspek yang dikaji ialah keibuan dan kehamilan, perancangan keluarga serta perkahwinan dan poligami. Bab ini juga melihat implikasi dasar populasi kerajaan ke atas perancangan keluarga Tionghua dan juga implikasi urbanisasi ke atas institu si keluarga serta status perkahwinan wanita. Kajian ini cuba mengesan hak reproduktif di kalangan wanita-wanita ini, termasuklah unsur-unsur penentangan atau akomodasi dalam diri mereka. Bab V merupakan kesimpulan yang telah didapati dari hasil kajian, yakni sama ada pendekatan dan konsep feminis Barat mempunyai reli abiliti untuk mewakili pemikiran dan penghidupan masyarakat Tionghua. Di samping itu, beberapa saranan mengenai fungsi reproduktif telah dibincangkan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1993/1994.
    Uncontrolled Keywords: Wanita Tionghua; Reproduktif; Feminisme; Keibuan; Kehamilan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 02 Oct 2020 08:26
    Last Modified: 02 Oct 2020 08:26
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11649

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item