Usha Devi, K. Arumugam (1990) Masalah Identiti Golongan Sino-Indian di Malaysia / Usha Devi K. Arumugam. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Kertas ini merupakan satu kajian terhadap golongan anak-anak hasil perkahwinan antara orang keturunan Cina dan India. Tujuan diadakan penyelidikan ini ialah untuk melihat cara hidup serta pandangan golongan ini. Selain daripada merupakan satu kurnpulan minoriti, mereka juga boleh dianggap sebagai golongan marginal (pinggiran). Kertas penyelidikan ini terdiri daripada enam bab. Bab I adalah pengenalan terhadap topik ini. Ia juga membincangkan tujuan kajian, metod dan masalah yang dihadapi. Juga diselitkan teori-teori manusia marginal oleh beberapa ahli sosiologi. Bab II membincangkan masyarakat Malaysia di dalam konteks golongan Sino-Indian. Bab III pula melihat pengaruh keluarga ke atas masyarakat Sino-Indian. Kumpulan etnik, agama dan tahap pendidikan ibubapa juga dikaji di dalam mempengaruhi anak-anak Sino-Indian. Bab IV adalah mengenai pengaruh rakan-rakan dari sekolah rendah sehingga peringkat universiti. Reaksi rakan-rakan terhadap marginaliti Sino-Indian dan respon Sino-India terhadap reaksi ini juga dilihat. Bab V membincangkan sikap dan persepsi Sino-Indian serta pengalaman-pengalaman mereka.
Actions (For repository staff only : Login required)