Kriminogenisis sosial: Faktor-faktor sosiobudaya yang melahirkan perlakuan jenayah / Tan Swee Bee

Tan, Swee Bee (1991) Kriminogenisis sosial: Faktor-faktor sosiobudaya yang melahirkan perlakuan jenayah / Tan Swee Bee. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Bab I membincangkan topik kajian. Juga turut dibincangkan adalah isu, tempat serta methodologi dan masalah kajian. Akhir sekali, pengkaji mendedahkan beberapa kelemahan yang dilihat dalam kajian yang dilakukan. Bab II memberi penerangan tentang anggapan devian. Ini dilakukan pertama sekali dengan kontroversi mengenai definisi sebenar perbuatan devian. Seterusnya, dibincangkan perangai devian dari sudut penerangan sosial. Di sini, telah ditekankan bahawa persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi sikap devian. Seterusnya, kita lihat pula kepada faktor-faktor yang dianggap bertanggungjawab dalam menghasilkan perbuatan devian. Selepas itu, teori-teori mengenai devian diteliti terlebih dahulu sebelum mendalami peranan sokongan sosial terhadap perbuatan devian. Bab III membentangkan analisis mengenai responden Bersama jawapan-jawapan yang diberi. Di sini, pengkaji membentangkan data-data dalam bentuk jadual diikuti oleh ulasan. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pembaca melihat persamaan dan coarak yang wujud. Tumpuan diberi mengikut bahagian seperti yang terdapat dalam questionnaire. Bab IV mengatakan implikasi dari pemerhatian sikap masyarakat. Ini diikutki pula dengan implikasi data yang diperolehi untuk membuktikan kesimpulan yang diperolehi. Sebagai kata akhir, pengkaji membincangkan cadangan-cadangan pencegahan dan rawatan yang dilaksanakan. Walaupun demikian, ada juga yang terus menekan kepada masyarakat sebagai persekitaran yang melahirkan perbuatan devian. Bab V merupakan kesimpulan bermula dari keadaan semasa kutipan data kepada implikasi yang didapati dari analisis dan penyelidikan perpustakaan untuk meneliti definisi, penerangan dan pandangan mengenai faktor, teori-teori dan tekanan kepada sokongan yang diberi. Seterusnya pula, sebelum menamatkan kesimpulan, komen yang ringkas diberi kepada perbincangan mengenai langkah-langkah pencegahan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1990/1991.
    Uncontrolled Keywords: Perlakuan jenayah; Sosiobudaya; Kriminogenisis sosial; Masyarakat; Pelacuran
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 06 Jan 2021 07:32
    Last Modified: 14 Jan 2021 08:54
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11746

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item