Sistem PA / Patricia George Rohit

Patricia , George Rohit (2004) Sistem PA / Patricia George Rohit. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem PA merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk memantapkan lagi Sistem PA yang dibuat secara manual sebelum ini. Sistem PA ini akan menumpukan kepada peranan PA dalam menasihati pelajar dalam bidang akademik. Sistem PA ini terdiri daripada 3 modul iaitu Modul Pentadbir Sistem, Modul PA dan Modul Pelajar. Dengan adanya Sistem PA ini, PA akan dapat mencapai maklumat akademik dan peribadi pelajar. Terdapat juga forum untuk mcmbolehkan PA dan pelajar berinteraksi di antara satu sama lain. Pelajar juga akan dapat membuat temujanji dalam sistem.Sistem juga membolehkan pelajar untuk memasukkan maklumat akademik dan maklumat peribadi mereka. Metodologi yang digunakan dalam sistem ini adalah Model V ini adalah kerana fokus utama model V adalah aktiviti dan ketepatan. Model V juga mementingkan kualiti, dimana model V ini akan memastikan bahawa objektif sistem telah dipenuhi untuk setiap fasa. Pengujian sistem juga boleh dibuat tanpa menunggu kod bahagian lain dalam sistem siap untuk dilarikan, dengan itu ralat dapat dieksan dengan lebih awal. Sistem PA ini dibangunkan dengan menggunakan ASP.NET, HTML, JavaScript, Microsofly SQL Server, Windows 2000 dan dengan lnternet lnformation Services(IIS). Diharap dengan adanya sistem ini, PA akan dapat memainkan peranan mereka dengan efektif, lebih baik daripada sistem manual sebelum ini. Pelajar juga tidak perlu berjumpa dengan PA, tidak perlu beratur, dan sistem ini dapat dicapai 24 jam sehari, 7 hari dalam seminggu. Yang penting sekali adalah PA akan dapat menasihati pelajar dalam bidang akademik dan objektif sistem akan dipenuhi dengan tebentuknya pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004.
    Uncontrolled Keywords: Sistem PA; Modul Pentadbir Sistem; Maklumat akademik; Microsoft SQL Server; Windows 2000
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 06 Jan 2021 07:07
    Last Modified: 06 Jan 2021 07:07
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11754

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item