Pola-pola banduan-banduan lelaki Melayu Kuala Lumpur di Penjara Pudu / Che Shamsudin Othman

Che Shamsudin, Othman (1974) Pola-pola banduan-banduan lelaki Melayu Kuala Lumpur di Penjara Pudu / Che Shamsudin Othman. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (34Mb) | Preview

    Abstract

    Untuk tujuan kajian ini, perkataan atau istilah jenayah dibataskan kepada perlakuan-perlakuan manusia yang melanggar norma-norma masyarakat yang dilembagakan didalam undang-undang negara (khususnya undang-undang jenayah). Disini negara itu ialah Malaysia. Iaitu perlakuan-perlakuan yang mengikut undang-undang, sesiapa yang melakukannya boleh di tangkap, didakwa dimahkamah, dan dikenakan hukuman yang setimpal dengannya. Bila kajian ini dilakukan keatas banduan-banduan, bererti banduan-banduan itu pernah melakukan jenayab, pernah di tangkap, didakwa dimahkamah, dan dikenakan hukuman penjara. Tetapi jenis-jenis jenayah serta kadar sesuatu jenis jenayah itu dilakukan tidaklah dibataskan kepada perlakuan-perlakuan dimana sipelakunya ditangkap oleh pehak polis dan seterusnya dipenjarakan sahaja, ia termasuk juga jenayah-jenayah yang dilakukan oleh banduan-banduan tetapi tidak di tangkap oleh pehak polis kerana sebab-sebab tertentu. Keterangan ini didapati dari pengakuan banduan-banduan sendiri. Disini pengkaji menyedari dan mengakui bahawa keterangan yang diberikan oleh banduan-banduan itu tidak semestinya benar dalam ertikata yang tepat, tetapi didalam pengetian yang luas ia boleh menerangkan tentang fenomena yang benal-benar barlaku. Maksudnya, keterangan yang diberikan oleh banduan-banduan itu tidak sampai menyimpang daripada fenomena yang bena-benar berlaku. Angka-angka tentang kekerapan melakukan sesuatu jenis jenayah dan tentang bilangan jenis jenayah yang dilakukan mengikut keterangan yang diberikan oleh banduan-banduan tentulah tidak tepat - kerana untuk itu disamping masaalah-masaalah lain ia memerlukan dayaingat yang sempurna dan ini adalah sesuatu yang mustahil - tetapi keterangan-keterangan yang diberikan oleh mereka itu dapat dianggap sebagai reprisentatif; dengan andaian mereka tentunya ingat dan menerangkan sesuatu yang panting dan reprisentatif didalam masaalah yang berkenaan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1973/1974.
    Uncontrolled Keywords: Banduan lelaki; Melayu; Penjara Pudu
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 25 May 2021 04:10
    Last Modified: 25 May 2021 04:10
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11761

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item