Peranan dan sumbangan Pusat Latihan Belia Pertak di dalam proses pembangunan belia dan negara / Khairi Razali

Khairi , Razali (1988) Peranan dan sumbangan Pusat Latihan Belia Pertak di dalam proses pembangunan belia dan negara / Khairi Razali. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah mengenai peranan dan sumbangan Pusat Latihan Belia Pertak di dalam proses pembangunan belia dan negara. Isi kandungan pada latihan ilmiah ini mengandungi enam bab. Bab I - Iaitu Bab Pendahuluan. Penulis menghuraikan tentang tujuan dan bidang kajian, cara-cara kajian dijalankan dan masalah-masalah yang dihadapi semasa membuat kajian. Bab II - Penulis membincanglcan tentang konsep belia dan pertumbuhnn Pusat Latihan Belia. Dalam bab ini pengkaji membincangkan tentang struktur dan organisasi pentadbiran PLBP serta kemudahan dan syarat-syarat kemasukan ke PLBP. Bab III penulis membincangkan tentang Unit Kepimpinan dalama melatih pemimpin-pemimpin belia yang berjaya. Di antara yang menjadi fokus utama tumpuan pengkaji adalah menhenai kursus-kursus yang dijalankan di bawah Unit Kepimpinan di mana terdapat enam kursus yang dijalankan. Di antaranya termasuklah Kursus Kepimpinan Lanjutan, Komunikasi, Metodologi Latihan Unit Pekerja Belia, Kursus Antarabangsa Pekerja Belia, Kursus Kepimpinan Khas Guru-Guru Pelatih Malaysia dan akhirnya kursus bercorak kepimpinan yang diarahkan dari masa ke semasa. Bab IV adalah mengenai Unit Kemahiran yang dijalankan di Pusat Latihan Belia Pertak. Unit Kemahiran ini ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih belia-belia bagi melengkapkan diri mereka dengan pelajaran dan pengetahuan dalam bidang yang dipilih bagi membolehkan belia-belia menjalankan perniagaan sendiri sebagai usahawan muda. Bab V adalah mengenai kajian susulan ke atas belia-belia yang telah mengikuti latihan di Pusat Latihan Belia Pertak. Bab VI adalah bab kesimpulan di mana pengkaji membincangkan mengenai rumusan terhadap peranan belia dan Pusat Latihan Belia Pertak ke arah pembangunan negara. Dalam bab ini juga pengkaji ada membincangkan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh PLBP serta langkah-langkah dan cadangan untuk mengatasi masalah belia di negara ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Pusat Latihan Belia Pertak; Pembangunan belia; Komunikasi; Kepimpinan; Organisasi pejabat
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 02 Nov 2020 08:50
    Last Modified: 02 Nov 2020 08:50
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11809

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item