Sistem e-Hospital / Mohd Shamzuri Mohd Nor

Mohd Shamzuri , Mohd Nor (2002) Sistem e-Hospital / Mohd Shamzuri Mohd Nor. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (58Mb) | Preview

    Abstract

    Projek Sistem e-Hospital dibangunkan untuk digunakan di hospital atau institusi perubatan dengan hasrat bagi menjamin kelancaran pengurusan hospital dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit. Sistem e-Hospital adalah sistem maklumat hospital yang berasaskan web dan beroperasi secara elekronik sepenuhnya tanpa kertas dengan menggunakan kaedah wayarles untuk perhubungan. lanya juga merupakan sistem yang membenarkan integrasi di antara modul-modul yang terdapat di dalam sistem iaitu modul Pendaftaran Pesakit, Patient Master Index dan Pengurusan Wad. Selain itu, sistem berasaskan web ini juga membenarkan pengguna umum mencapai laman web sistem untuk memperolehi maklumat mengenai penyakit berjangkit mellputi tanda-tanda awal penyakit,jenis jangkitan, individu yang berisiko untuk menghidapinya, rawatan dan diagnosis yang sesuai akan dinyatakan. Manakala, pengguna berdaftar pula seperti doktor dan jururawat dibenarkan untuk mencapai sistem dengan tahap keselamatan berbeza yang membenarkan mereka untuk mengemaskini data perubatan pesakit. Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan dan mereka bentuk sebuah sistem yang mampu untuk menguruskan kerja pengguna sistem dengan lebih cekap dan teratur dengan bantuan teknologi yang canggih dan perisian pengkomputeran masakini. Projek ini juga menakrifkan objektif, skop, masalah dan peralatan yang dlgunakan yang diterangkan secara mendalam sebelum proses pembangunan sistem. Beberapa penyelidikan dan kajian kes telah dilakukan untuk membuat penilaian dan ulasan mengenai sistem ini. Model Air Terjun digunakan sebagai metodologi bagi proposal projek ini. Prinsip-prinsip kejuruteraan perisian berdasarkan metodologi ini digunakan pada keseluruhan fasa pembangunan iaitu analisis sistem, rekabentuk, Manakala, senibina client/server three-tier akan dilaksanakan sebagai model seniblna sistem. Seisin itu, Sistem e-Hospital dirancang untuk dibangunkan dengan menggunakan t knologl Activ Server Pages (ASP) dan web server Personal Web Server (PWS) dalam platform Windows 98 manakala pangkalan data dibangunkan m nggunakan Microsoft Ace ss 2000. Rekabentuk sistem adalah dinamik dan menyokong pengguna yang berinteraksi dengan sistem melalui Internet.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Sistem e-hospital; Pengurusan data; Pengurusan hospital; sistem elektronik
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 22 Jun 2021 09:10
    Last Modified: 22 Jun 2021 09:10
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11879

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item