Penggunaan kredit peribadi oleh kaum Cina, sikap dan awalan: Kes Kampung Bahru Kahang / Chan Geok Ling

Chan , Geok Ling (1992) Penggunaan kredit peribadi oleh kaum Cina, sikap dan awalan: Kes Kampung Bahru Kahang / Chan Geok Ling. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian yang dijalankan di Kampung Bahru Kahang ini bertujuan memahami sikap dan amalan kredit penduduk-penduduk dalam membeli barangan konsumer. Dalam bab pertama, definisi-definisi konsep dan maksud tajuk dijelaskan. Kemudian diterangkan masalah kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, kaedah kajian, bagaimana sampel dipilih dan akhir kesukaran yang dihadapi semasa menjalankan kajian dinyatakan. Untuk bab kedua, lokasi dan latar belakang tempat kajian dinyatakan. Dalam pada itu, latar belakang tempat kajian dinyatakan. Dalam pada itu dinyatakan juga sejarah penubuhan kampung baru ini. Keadaan kehidupan dan taraf hidup penduduk dinyatakan dengan panjang lebar dalam bab ini. Selanjutnya bab ketiga menjelaskan kaitan jaringan hubungan sosial dan sumber kredit. Hubungan sosial din dalam dan luar keluarga diterangkan. Sumber-sumber kredit penduduk yang boleh dibahagikan kepada sumber formal dan informal juga dinyatakan dalam bab ini. Bab ini juga menunjukkan bagaimana hubungan sosial diterjemahkan dalam penggunaan kredit dalam kampung ini. Dalam bab keempat, dinyatakan sikap dan amalan kredit penduduk kampung. Faktor-faktor yang menyebabkan sikap dan amalan juga diterangkan di mana boleh dibahagikan kepada faktor ekonomi dan faktor sosial. Kemudian masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk dalam penggunaan kredit juga dinyatakan iaitu masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak peminjam dan pemberi pinjaman. Dalam bab akhir, kesimpulan dan penemuan dinyatakan. Ini penting untuk memahami sikap dan amalan penduduk dalam pembelian barangan konsumer.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1991/1992.
    Uncontrolled Keywords: Kredit peribadi; Taraf hidup; Faktor ekonomi; Konsumer; Pembelian barangan
    Subjects: H Social Sciences > HG Finance
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 07 Apr 2021 02:43
    Last Modified: 07 Apr 2021 02:43
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11892

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item