Kesan-kesan sosio-ekonomi dari pembukaan dan pembangunan kawasan-kawasan perindustrian oleh PKENJ di Pasir Gudang / Benson Lim Hock Seng

Benson Lim , Hock Seng (1985) Kesan-kesan sosio-ekonomi dari pembukaan dan pembangunan kawasan-kawasan perindustrian oleh PKENJ di Pasir Gudang / Benson Lim Hock Seng. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Industrialisasi merupakan suatu gejala yang mencorakkan kehidupan masyarakat pada hari ini. Apabila industrialisasi diadakan secara langsung akan timbul berbagai kesan sama ada berbentuk positif atau negatif. Jadi, objektif utama kajian ilimah ini adalah untuk menerangkan kesan-kesan tersebut dan sejauhmanakah perubahan-perubahan yang dibawa oleh industrialisasi itu telah mencorakkan kehidupan sosio-ekonomi penduduk-penduduk sekitarnya. Kajian ini ditumpukan dikawasan perindustrian dan Bandar Baru Pasir Gudang serta kampung-kampung sekitarnya yang secara langsung menerima kesan dari industrialisasi yang dijalankan. Kajian ilmiah ini dibahagikan kepada lima bab. Bab I adalah pengenalan yang memperjelaskan tujuan kajian, bidang dan skop kajian serta metode dan definisi konsep-konsep yang dijalankan. Bab II menghuraikan industrialisasi yang dijalankan di Malaysia dan Negeri Johor secara umum yang mana meliputi strategi serta polisi kerajaan dalam menjalankan industrialisasi. Bab III ialah mengenai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) serta dasar-dasar dan aktiviti yang dijalankan oleh perbadanan serta peringkat-peringkat perkembangan perindustrian di Pasir Gudang. Bab IV ialah huraian mengenai kesan-kesan sosio-ekonomi yang timbul dari industrialisasi yang dijalankan di Pasir Gudang. Huraian ini ditumpukan kepada dua kumpulan; (i) Kumpulan yang terdiri dari penduduk-penduduk di sekitar kawasan kajian. (ii) Kumpulan yang terdiri dari para pekerja kilang di kawasan perindustrian Pasir Gudang. Bab V merupakan suatu penilaian terhadap sumbangan perbadanan dan juga kepentingan projek-projek pembukaan dan pembangunan kawasan-kawasan perindustrian yang dijalankan. Ia juga meliputi segala rumusan mengenai kesan-kesan sosio-ekonomi dan menilai sejauhmanakah ia bergerak ke arah pembangunan sosio-ekonomi di kalangan rakyat dan ke arah pencapaian matlamat DEB dalam membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984/1985.
    Uncontrolled Keywords: Industrialisasi; Sosio-ekonomi; Pembangunan Pasir Gudang; PKENJ
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 25 Feb 2021 02:31
    Last Modified: 25 Feb 2021 02:31
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12041

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item