Sharifah Najihah, Syed Mohamed (2003) EMG-Multiplication / Sharifah Najihah Syed Mohamed. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (38Mb) | Preview |
Abstract
Ledakan teknologi maklumat dalam arus perkembangan teknologi moden amat mempengaruhi kehidupan kita pada masa kini. Teknologi yang semakin gah telah meningkatkan keupayaan perkomputeran. Tidak dapat dinafikan lagi komputer banyak membantu manusia dalam menjalankan aktiviti-aktiviti harian. Komputer bukan sahaja membantu manusia menyempurnakan kehidupan harian malah ia mampu menjadi teman kepada manusia. Teknologi komputer kini juga memberi kesan yang mendalam terhadap bidang pendidikan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arab menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Salah satu daripadanya ialah Pengajaran Berpandukan Komputer (PBK) yang bermaksud penggunaan komputer untuk mengajar dalam bentuk tutorial, latih tubi, simulasi dan penilaian pengetahuan pelajar seperti kuiz. Perisian pembelajaran dalam bentuk permainan seperti EMG-Multiplication ini juga merupakan salah satu perkembangan teknologi komputer dalam bidang pendidikan. Dalam suasana interaktif multimedia, ia dapat menggalakkan pelajar supaya lebih kreatif di dalam usaha untuk menguasai kemahiran sifir dalam masa yang cepat dan pantas. Ia menekankan kepada proses pembelajaran secara bersendirian untuk meningkatkan serta membina kekuatan dan keupayaan seseorang pelajar. Pada akhiran projek ini, adalah diharapkan agar ia dapat membantu para pelajar sekolah rendah meningkatkan kemahiran mereka dalam operasi pendaraban dan digunakan oleh para guru dan ibubapa untuk memotivasikan pelajar dan anak-anak mereka dalam proses pembelajaran matematik secara amnya dan pendaraban secara khususnya.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003. |
Uncontrolled Keywords: | EMG-Multiplication; Pembelajaran interaktif; Aplikasi multimedia |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mahadie Ab Latif |
Date Deposited: | 11 Jun 2021 08:41 |
Last Modified: | 11 Jun 2021 08:41 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12057 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |