Sistem pengurusan maklumat pelajar Kolej Tun Ahmad Zaidi / Abd. Halil Omar

Abd. Halil , Omar (2002) Sistem pengurusan maklumat pelajar Kolej Tun Ahmad Zaidi / Abd. Halil Omar. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (7Mb) | Preview

    Abstract

    Cadangan projek ilimiah ini mengusulkan tentang pembangunan sebuah sistem pengurusan maklumat yang mampu bertindak sebagai sebuah pengurus elektronik di mana sistem ini akan mengurus segala maklumat yang berkaitan dengan pelajar/penghuni Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, Universiti Malaya. Sistem yang dicadangkan ini akan dikenali sebagai Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar Tun Ahmad Zaidi (SIMS-TAZ). Sasaran pengguna SIMS-TAZ ialah di kalangan pelajar, kakitangan pejabat dan pihak pentadbiran Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi. Pembangunan sistem seumpama ini dicadangkan berasaskan situasi semasa yang mana tiadanya suatu sistem yang sistematik untuk mengurus maklumat-maklumat pelajar. Selain itu, pembangunan sistem ini juga akan dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna dengan menggunakan sistem manual. Kajian dan penyelidikan yang dibuat melalui pelbagai cara telah menghasilkan satu analisis dan seterusnya merekabentuk SIMS-TAZ. Analisa ini mengambil kira pelbagai faktor termasuk keperluan utama pengguna, analisis sistem sedia ada di pasaran, antaramuka pengguna dan spesifikasi yang diperlukan. Analisis ini telah dipindahkan kepada bentuk logikal dalam fasa rekabentuk di mana dari sini pembangunan fasa implementasi akan lebih mudah dilakukan. Oleh yang demikian, SIMS-TAZ ini dijangka menjadi sistem yang akan digunakan secara meluas di Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, Universiti Malaya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Kolej Tun Ahmad Zaidi; Sistem pengurusan; Ralat algoritma; Struktur data; Struktur kawalan
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Feb 2021 06:45
    Last Modified: 24 Feb 2021 06:45
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12060

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item