Peranan wanita dalam masyarakat pekebun kecil di bidang sosio-ekonomi (Satu kajian kes di Kg. Jerong Tuan, Kuala Terengganu, Terengganu) / Norbee Abd. Hamid

Norbee , Abd. Hamid (1982) Peranan wanita dalam masyarakat pekebun kecil di bidang sosio-ekonomi (Satu kajian kes di Kg. Jerong Tuan, Kuala Terengganu, Terengganu) / Norbee Abd. Hamid. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Di dalan Bab I, pengkaji telah menghuraikan tujuan kajian ini dilakukan, bidang yang dirangkuminya, metode yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian ilmiah ini. Bab II pula membentangkan tentang ' theoretical framework' kajian ilmiah ini yang meliputi definisi mengenai peranan wanita, huraian tentang peranan tersebut, apa yang dimaksudkan dengan kerja serta disentuh juga konsep pembangunan dan kaitannya dengan wanita-wanita luar bandar dalam bidang sosio-ekonomi. Bab III menceritakan tentang latarbelakang kawasan kajian dan masyarakatnya serta latarbelakang responden yang mana ini dilihat dari segi pelajaran, umur, saiz keluarga, pekerjaan dan latarbelakang ekonomi rumahtangga mereka. Bab IV menghuraikan tentang peranan wanita di kawasan kajian di dalam kegiatan ekonomi, iaitu yang bercorak pertanian dan bukan pertanian. Bab V membicarakan tentang peranan wanita dalam bidang sosial, yang dibahagi kepada dua kategori iaitu peranan yang berbentuk formal dan informal Peranan yang berbentuk formal adalah peranan yang dimainkan oleh wanita-wanita ini dalam persatuan-persatuan (di mana dalam kes kajian ini, PWPK) manakala peranan informal pula adalah peranan mereka di dalam rumahtangga dan di luar rumahtangga iaitu peranannya sebagai iibu, isteri dan juga jiran. Bab VI pula menganalisa faktor-faktor yang membolehkan dan juga menghadkan penglibatan wanita dalam bidang ekonomi dan sosial. Faktor-faktor yang berkenaan ini telah dilihat dari dua aspek iaitu dari aspek faktor-faktor bukan ekonani yang termasuklah di dalamnya faktor umur, bilangan dan umur anak, pelajaran serta sikap suami atau masyarakat, dan aspek faktor ekonorni iaitu latarbelakang ekonomi responden-responden tersebut. Bab VII memberikan rumuaan dan kesimpulan mengenai data-data yang diperolehi dari knjian di mana 'finding ' yang didapati dan 'theoretical framework' kajian ilmiah ini telah dihubungkaitkan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1981/1982.
    Uncontrolled Keywords: Sosio-ekonomi; Pekebun kecil; Wanita; Pembangunan; Pertanian
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 18 Jan 2021 02:44
    Last Modified: 18 Jan 2021 02:44
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12061

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item