Mohd Yohan, Ibrahim (2005) Simulasi jarak terdekat menggunakan algoritma dijkstra / Mohd Yohan Ibrahim. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (30Mb) | Preview |
Abstract
Simulasi algoritma dijkstra dibangunkan dan langkah-langkah dalam membuat simulasi tersebut diterangkan. Simulasi yang dibangunkan adalah satu modul atau sebahagian daripada Sistem Automasi Meletak kenderaan. Jadual perjalanan sepanjang projek ini adalah seperti di bahagian lampiran. Algoritma Dijkstra atau lebih dikenali dengan Dijkstra's Algorithm diterangkan secara terperinci dalam laporan ini. Ini termasuk rumus, kelebihan, kekurangan, kekompleksan rumus Dijkstra dan ciri-ciri algoritma ini. Cara pengiraan Shortest PathGarak terdekat) menggunakan Dijkstra's Algorithm turut diterangkan dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai. Proses pembangunan simulasi ini adalah dengan menggunakan aturcara C dengan menggunakan Microsoft Visual C++ 6.0. Carta alir dan pseudocode rumus Dijkstra turut. Contoh-contoh paparan output jangkaan turut disertakan dalam laporan ini. Proses perlaksanaan simulasi diterangkan secara mendalam. Kaedah-kaedah dan proses pengujian simulasi juga diterangkan. Fasa ini dibuat bagi mengesahkan ketepatan algoritma dan aturcara yang dibangunkan. Fasa terakhir iaitu fasa penilaian dan perbincangan turut dibincangkan dalam laporan ini. Di dalam bah ini, kelebihan dan kelemahan simulasi dibincangkan dan diterangkan. Secara keseluruhannya laporan ini lengkap dengan pelbagai maklumat dan kajian tentang Dijkstra's Algorithm dalam Bahasa Melayu. Ini menjadikan ia unik kerana tiada lagi rekod yang lengkap tentang algorima ini dalam Bahasa Melayu. Semua sumber maklumat untuk kajian ini adalah dalam bahasa inggeris dan ia diterjemahkan dan diterangkan dalam Bahasa Melayu untuk pemahaman yang mutlak.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2004/2005. |
Uncontrolled Keywords: | Simulasi algoritma dijkstra; Sistem Automasi Meletak kenderaan |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mahadie Ab Latif |
Date Deposited: | 22 Jun 2021 08:37 |
Last Modified: | 22 Jun 2021 08:37 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12070 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |