Satu kajian ke atas satu persatuan Buddhis di Negeri Melaka / Ronnie Teo

Ronnie Teo, Cheng Poh (1988) Satu kajian ke atas satu persatuan Buddhis di Negeri Melaka / Ronnie Teo. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini cuba melihat keseluruhan aspek Persatuan Buddhis Seck Kia Eenh, Melaka. Pengkaji bermula di dalam Bab 2 dengan melihat sejarah perkembangan agama Buddha di negara ini supaya pembaca boleh mendapat gambaran terlebih dahulu mengenai bagaimana mulanya agama ini serta perkembangan hingga ke hari ini. Malah, sejak kebelakangan ini agama Buddha dikatakan sedang melalui proses revivalisme kerana bermacam-macam mazhabnya yang lain sedang bercambah. Sebelum melihat lebih lanjut lagi ke dalam persatuan ini, adalah wajar pengkaji bermula dengan meneliti sejarah penubuhan persatuan ini serta tahap-tahap perkembangannya. Ini dihuraikan di dalam Bab 3. Usaha-usaha dan sumbangan-sumbangan golongan pengasas dan beberapa orang tokoh yang pernah memajukan persatuan ini juga dilihat. Di dalam Bab 4 pula, pengkaji memberi diskripsi yang seberapa boleh tentang persatuan ini. Ianya meliputi gambaran fizikal, objektif-objekti£ serta orang-orang yang mendatangi persatuan ini. Pengkaji juga menyentuh ten tang struktur organisasi persatuan ini serta cuba mengenali bidang kuasa badan-badan yang mentadbir persatuan ini. Turut dilihat juga adalah kedudukan kewangan persatuan ini secara am. Bab 5 pula melihat aktiviti-aktiviti semasa yang dikelolakan oleh persatuan ini dengan memberi penerangan yang memadai mengenai tiap-tiap satu. Ini seterusnya bertindak sebagai asas untuk menilai pencapaian persatuan ini nanti. Di dalam Bab 6, pengkaji membuat pemerhatian dan memberi pandangan dan penafsiran tentang masyarakat Buddhis dalam persatuan ini. Pengkaji menyentuh topik ini dari segi sosial, politik dan ekonomi. Sebagai kesimpulan pula, pengkaji memberi rumusan kepada semua yang telah dibincangkan mengikut perspektif pengkaji semata-mata. Pengkaji menilai tahap-tahap perkembangan persatuan ini dan cuba melihat kedudukan persatuan ini di negeri Melaka dan di dalam konteks sosial yang lebih luas lagi. Aspek kerjasama antara ahli-ahli persatuan dan komuniti di dalamnya juga diberi satu penilaian. Pengkaji turut membincangkan masalah ketara yang dihadapi oleh persatuan ini. Akhir sekali, pengkaji melihat masa depan serta memberi beberapa cadangan untuk kemajuan persatuan ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Persatuan Buddhis; Proses revivalisme; Melaka; Cina; Peranakan
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BQ Buddhism
    H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 05 Mar 2021 08:33
    Last Modified: 05 Mar 2021 08:33
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12158

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item