Politik peringkat tempatan: Satu kajian kes di Kampung Pasir Baru Petaling, Kuala Lumpur / Mohd Ramli Yaacob

Mohd Ramli , Yaacob (1988) Politik peringkat tempatan: Satu kajian kes di Kampung Pasir Baru Petaling, Kuala Lumpur / Mohd Ramli Yaacob. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan suatu kajian kes yang dirujukkan khas daripada Kapung Pasir Baru. Tujuan utama kajian ini ialah untuk meninjau penglibatan politik penghuni di peringkat tempatan seperti penyertaan dan penglibatan politik masyarakat ini serta kepimpinan parti politik yang dominan dikawasan ini. Pada keseluruhannya, penulisan ini mengandungi V bab kesemuanya di mana bab pertama penulis menghuraikan aspek-aspek kajian yang berkaitan dengan tujuan dan bidang kajian, method-method yang digunakan dalam kajian serta kesulitan yang dihadapi semasa kajian dijalankan. Bab ini juga mengandungi teori konsep-konsep yang berhubung dengan penglibatan politik seperti penyertaan politik dan konsep kepimpinan. Konsep seperti ini adalah penting kerana ia dapat membantu penulis dalam memahami topik yang dibincangkan. Manakala bab II pula, penulis menyentuh tentang latarbelakang masyarakat yang dikaji. Di sini, beberapa perkara yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat seperti aktiviti ekonomi disentuh oleh penulis. Dalam bab III, penulis telah menekankan kepada faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam penyertaan politik masyarakat. Di sini, penulis cuba melihat sejauh mana faktor-faktor itu seperti faktor sosial, politik dan agama dapat mempengaruhi geraklaku dan penyertaan politk masyarakat yang dikaji. Penulis juga melihat bentuk-bentuk penyertaan politk yang ada. Bab IV pula berkaitan dengan kepimpinan pemimpian UMNO Cawangan, isu-isu yang diketengahkan. Perjuangan parti dan juga kegiatan part terhadap masyarakat di kampung ini. Akhirnya bab V penulis cuba melihat sejauhmanakah sambutan masyarakat terhadap parti yang disokong apabila tuntutan mereka itu berjaya ataupun gagal, juga melihat perbandingan antara politik kampung di luar bandar dengan politik kampung dalam bandar.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Politik; Kepimpinan parti politik; Masyarakat; Ekonomi; Migrasi
    Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    J Political Science > JA Political science (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 27 Jul 2021 02:32
    Last Modified: 27 Jul 2021 02:32
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12217

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item