Sistem permainan interaktif 'Hang-man' dalam persekitaran 3 dimensi / Foo Chui Yin

Foo, Chui Yin (2003) Sistem permainan interaktif 'Hang-man' dalam persekitaran 3 dimensi / Foo Chui Yin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (36Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem permainan 'Hang-Man' yang dibangunkan merupakan satu pakej multimedia tiga dimensi. Ia menggabungkan elemen-elemen multimedia seperti grafik, audio, video, teks, dan animasi ke dalam sistem supaya menghasilkan satu antaramuka yang menarik dan interaktif. Permainan ini dibangunkan untuk semua peringkat umur. Ia menyediakan tiga tahap iaitu Tahap Mudah (7-9 tahun), Tahap Normal (10-12 tahun), dan Tahap Susah(13 tahun dan ke atas). Bahasa Melayu dan Bahasa lnggeris digunakan sebagai bahasa pengantaran. Sistem ini membekalkan pilihan kategori seperti kategori haiwan, sayur-sayuran, buah-buahan, bunga dan sebagainya kepada pemain. Ia juga membekalkan pilihan kepada pemain untuk bermain secara individu ataupun secara pertandingan. Untuk membangunkan sistem permainan ini, banyak kajian literasi telah dijalankan. Maklumat-maklumat yang berkaitan diperolehi melalui pembacaan, pelayaran Internet, kajian terhadap CD-ROM, dan perbincangan dengan pensyarah. Model Air Terjun dengan Prototaip telah digunakan sebagai metodologi untuk membangunkan sistem permainan 'Hang-Man' ini. Macromedia Director 8.0 telah digunakan sebagai penstan utama untuk membangunkan sistem ini. Perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash 5.0, Swish 2.0, Adobe Photoshop 6, dan 3D Studio Max juga digunakan dalam pembangunan sistem ini. Sistem ini dibangunkan berdasarkan empat modul utama iaitu Modul Bantuan, Modul Permainan, Modul Antaramuka, dan Modul Enjin. Keempat-empat modul ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Rekabentuk antaramuka sistem permainan ini dijalankan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Untuk mengimplementasikan dan membangunkan sistem, 'Skrip Lingo' digunakan untuk menukarkan modul-modul yang telah direkabentuk ke dalam arahan-arahan yang boleh dilaksanakan. Pengujian seperti pengujian unit, pengujian integrasi, dan pengujian sistem dijalankan untuk mengesahkan sama ada sistem berfungsi mengikut keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Permainan interaktif; Prototaip; Multimedia tiga dimensi; Permainan 'Hang-Man'
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 20 May 2021 01:13
    Last Modified: 20 May 2021 01:13
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12237

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item