Siti Julaika, Hashim (2003) Pakej pembelajaran: Modul matematik moden tingkatan lima / Siti Julaika Hashim. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Pakej pembelajaran bertajuk 'Modul Matematik Moden untuk Pelajar Tingkatan Lima' atau dikenali sebagai MathFS ini merupakan satu aplikasi pakej pembelajaran berorientasikan web. Pakej ini menyediakan modul kemudahan nota secara normal di mana kesemua nota matapelajaran Matematik Moden yang berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk tingkatan lima akan dimuatkan. Selain itu modul nota interaktif juga terdapat di dalam modul ini. Nota interaktif bermaksud pelajar boleh bertanya soalan kepada sistem dan sistem akan memberi jawapan beserta jalan kira yang tepat sejurus selepas itu. Tujuan dan kepentingan projek ini dibangunkan adalah untuk mengatasi kelemahan yang terdapat dalam kaedah mengulangkaji menggunakan buku dan juga untuk memperkenalkan satu lagi kaedah pembelajaran iaitu secara elektronik. Dengan kewujudan pakej ini diharap minat para pelajar untuk mempelajari subjek matematik akan bertambah dan prestasi serta pencapaian mereka yang agak mundur dalam subjek matematik sebelum ini dapat ditingkatkan. Dalam membangunkan MathF5 ini, penyelidikan model pembangunan sistem telah dilakukan dan metodologi yang telah dipilih ialah Model Air Terjun. Kaedah ini bersesuaian dengan sistem ini kerana ia merupakan sebuah sistem yang berasaskan laman web dan bersifat dinamik. Pakej ini akan dibangunkan dalam persekitaran sistem pengendalian Windows 9x dan ke atas. Perisian utama yang akan digunakan adalah bahasa skrip iaitu JavaScript. Manakala Active Server Pages, Macromedia Dreamweaver Ultradev 4 digunakan untuk tujuan rekabentuk dan aplikasi multimedia yang lain.
Actions (For repository staff only : Login required)