Wanita India di ladang dan hak reproduktifnya: Satu kajian kes di Ladang Teluk Merbau / Vanitha Ponnusamy

Vanitha , Ponnusamy (1993) Wanita India di ladang dan hak reproduktifnya: Satu kajian kes di Ladang Teluk Merbau / Vanitha Ponnusamy. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah ini adalah sebuah kajian kes mengenai hak reproduktif di kalangan wanita India di Ladang Teluk Merbau. Penumpuannya adalah untuk mengenal pasti sama ada wanta India di sini mempunyai hak reproduktif serta tanggapan mereka mengenainya. Kajian ini dibahagi kepada beberapa bab untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan sistematik. Bab pertama mengandungi secara amnya objektif, skop dan signifikan kajian. Selain itu, terdapat juga maklumat tentang kumpulan yang dikaji, metodologi dan masalah yang dihadapi di dalam kajian ini. Bab kedua merupakan penerangan mengenai latarbelakang Ladang Teluk Merbau yang merangkumi lokasi, saiz demografi dan struktur pekerjaan. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di ladang ini juga diterangkan di dalam bab ini. Bab ketiga menyentuh mengenai konsep teori-teori yang digunakan dalam kajian ini. Perhatian yang lebih diberikan kepada konsep peranan. Bab keempat pula memberi maklumat mengenai latarbelakang responden. Diantaranya ialah umur responden, tahap pelajaran, saiz keluarga dan pendapatan seisi rumah. Bab lima membentangkan hasl kajian ini. Khususnya ia menyentuh menegani persoalan hak reproduktif wanita dari tiga aspek iaitu perkahwinan, “chidlbearing” dan perancang keluarga. Perbincangan mengenai kesedaran wanita akan hak reproduktifnya serta faktor-faktor yang mempengaruhinya turut dibincangkan. Bab enam pula menyimpulakn segala perbincangan akan hasil kajian yang telah dibuat. Beberapa cadangan juga telah diberi untuk mengatasinya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1992/1993.
    Uncontrolled Keywords: Wanita India; Reproduktif; Chidlbearing; Sistem patriarki; Perundangan Hindu
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 28 Apr 2021 02:35
    Last Modified: 28 Apr 2021 02:35
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12274

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item