Mahmud, Mohd. Taib (1973) Remaja nakal (juvenile delinquency): Faktor-faktor dan usaha-usaha pemulihan berdasarkan kajian disekolah laki-laki Taiping, Perak / Mahmud Mohd. Taib. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (27Mb) | Preview |
Abstract
Deliquency bukanlah merupakan satu masaalah sosial yang baru dan ianya telah diberi perhatian yang berat dimasa-masa kebelakangan ini. Masyarakat moden sekarang ini sedang mengalami perubahan-perubahan yang sangat pesat dan dari ini jugalah kerapkali berlakunya di organisasi sosial. Perbuatan dan perlakuan yang melanggar undang-undang samada oleh mereka yang masih dianggap juvenile atau oleh mereka yang telah dewasa merupakan masaalah nasional yang semestinya dibenteras sebelum ianya merebak. Untuk mengetahui dengan mendalam mengenai punca masaalah yang kompleks ini memerlukan pengetahuan tentang latar belakang pensejarahan, kebudayaan dan suasana ketika terjadinya perbuatan yang dianggap antisosial itu. Tidak ada satu menyelesaian pun akan didapati jika kita tidak memahami segala faktor-faktor asas mengenainya. Di Eropah dan Amerika Sharikat penyelidekan dalam bidang ini telah dijalankan dengan meluasnya untuk mengetahui serta memahami kelakuan anti antisosial dikalangan budak-budak nakal. Di Malaysia sepanjang yang diketahui, belum ada lagi penyelidekan yang dilakukan dibidang ini. Sementara di Singapura pula penyelidikan ada diselenggarakan oleh mahasiswa-mahasiswa dari Jabatan Pengajian Ilmu Kemasyarakatan University Singapura. Penyelidikan yang dilakukan oleh penulis merupakan satu percubaan untuk memahami dan mengetahui apakah faktor-faktor yang menyebabkan budak-budak itu menjadi deliquent. Penyelidekan ini telah dibuat di Sekolah Laki-laki Taiping iaitu salah sebuah daripada lima buah 'approved school' di Malaysia.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1972/1973. |
Uncontrolled Keywords: | Remaja nakal; Masalah sosial; Sekolah lelaki |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mahadie Ab Latif |
Date Deposited: | 25 May 2021 03:36 |
Last Modified: | 25 May 2021 03:36 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12305 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |