Feliawati , Mohd Salleh (2001) Sistem Maklumat Interaktif Minda Manusia / Feliawati Mohd Salleh. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (30Mb) | Preview |
Abstract
Di samping memenuhi syarat-syarat kursus, membuat projek untuk latihan ilmiah tahap akhir mempunyai kelebihan yang tersendiri samada kepada universiti, fakulti atau kepada pelajar itu sendiri. Dengan membuat projek sistem maklumat interaktif minda manusia ini, saya mendapat pendedahan sebenar tentang cara dan praktikal yang diperlukan dalam menjayakan projek ini. Jika sebelum ini pelajar disogok sepenuhnya dengan nota dan kuliah untuk menambah pengetahuan kini para pelajar mula belajar berdikari dan mempunyai inisiatif sendiri untuk mempelajari sesuatu yang baru agar tidak ketinggalan dan berjaya melakukan setiap arahan tugas yang diterima. Para pelajar sudah tidak malu untuk bertanya dan berkongsi pendapat dengan mereka yang lebih berpengalaman, Inilah antara pengalaman yang berharga yang mampu saya kutip sepanjang menjayakan projek ini. Selain dapat mempraktikkan segala ilmu yang telah dipelajari di universiti, pelajar juga berpeluang untuk mempelajari perisian baru yang akan digunakan untuk perlaksanaan projek dan ini tidak dapat dipelajari secara mendalam di universiti, Secara tidak langsung ia akan memberi peluang kepada pelajar untuk memilih bidang kerjaya yang dirasakan bersesuaian dengan minat dan permintaan semasa. Dengan menyiapkan projek yang telah dipilih, pelajar secara tidak langsung akan terdedah dengan satu cabaran semasa yang harus ditangani. Mereka harus sentiasa berusaha dengan gigih untuk mendapatkan maklumat, rajin menjalankan kajian, bertanya kepada individu tertentu, mencari fakta dari sumber-sumber lain dan ini tentunya akan memberi peluang kepada pelajar untuk lebih sentiasa berusaha dan bersedia dari semasa ke semasa, Tni pastinya berbeza dengan mengikuti kuliah di kelas dimana mereka tidak perlu lebih berusaha. Tapi dengan menjalankan projek latihan ilmiah ini, pelajar akan sentiasa rajin bagi memastikan kejayaan projek yang mereka usahakan ini. Secara keseluruhan menjayakan projek latihan ilmiah tahap akhir ini merupakan satu inisiatifyang baik dan mendatangkan banyak kebaikan kepada para pelajar secara amnya.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, 2000/2001 |
Uncontrolled Keywords: | Sistem atas talian; Multimedia; Interaktif; Animasi |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman |
Date Deposited: | 22 Sep 2021 01:43 |
Last Modified: | 22 Sep 2021 01:43 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12314 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |