Peranan wanita dalam gerakan sosial dan ugama di Rancangan FELDA Air Hitam, Johor / Norimah Abu Bakar

Norimah, Abu Bakar (1984) Peranan wanita dalam gerakan sosial dan ugama di Rancangan FELDA Air Hitam, Johor / Norimah Abu Bakar. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah ini adalah mengenai peranan wanita dalam gerakan ugama dan sosial di FELDA Air Hitam. Bab I dalam latihan ilmiah ini ialah mengenai bidang dan tujuan kajian, kaedah kajian serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkajian semasa membuat kajian. Bab II pula adalah mengenai latarbelakang FELDA secara am. Ini termasuklah penubuhan FELDA serta dasar-dasar dan polisinya. Dalam bab ini juga terdapat organisasi dan pentadbiran FELDA secara am. Bab III pula menerangkan tentang latarbelakang dan pentadbiran di FELDA Air Hitam. Terdapat juga sedikit penerangan tentang getah serta rancangan tanam semulanya. Dalam bab ini juga pengkaji membincangkan tentang kemudahan awam di FELD, pentadbiran di FELDA, serta sistem blok yang terdapat di situ. Aspek latarbelakang responden pula telah di bincangkan dalam bab IV. Pertamanya, pengkaji telah membincangkan tentang jenis rumahtangga responden. Kemudian pengkaji juga telah membincangkan dari aspek- aspek umur, pelajaran dan sebab-sebab anak-anak resPonden tinggal luar rancangan. Jenis-jenis kerja yanag responden lakukan serta pendapatan yang mereka perolehi juga diterangkan dengan lebih jelas dalam bab ini. Akhir sekali, pengkaji telah meninjau mengenai penyataan responden dalam kumpulan sosial dan keugamaan iaitu dari aspek sebab-sebab mereka menyertai kumpulan-kumpulan demikian seta pandangan responden untuk menjadi pemimpin. Dalam bab IV ini, semua perbincangan mengenai responden adalah disertai dengan jadual-jadual yang sesuai. Bab V adalah mengenai kumpulan-kumpulan sosial dan ugama yang terdapat di FELDA Air Hitam iaitu seperti Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) dan aktiviti-aktiviti biro-biro di bawah JKKR, dari segi sosial dan keugamaan di peringkat rancangan dan peringkat blok. Bab VI pula adalah mengenai peranan wanita dalam Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Aspek-aspek yang dibincangkan ialah mengenai latarbelakang GPW, aktiviti sosial GPW di peringkat rancangan dan blok serta aktiviti keugamaan GPW di peringkat rancangan dan blok. Bab VII membincangkan tentang peranan wanita yang dapat dilihat melalui penglibatan mereka dalam aktiviti GPW serta kesan-kesan penglibatan mereka.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
    Uncontrolled Keywords: Wanita; Gerakan sosial; Rancangan FELDA Air Hitam; Ugama; Gerakan Persatuan Wanita (GPW)
    Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 28 May 2021 04:01
    Last Modified: 28 May 2021 04:01
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12355

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item