Asmah , M. Talib (1976) Kem pasukan polis hutan sebagai satu masyarakat (Satu kajian kes mengenai kehidupan isteri-isteri anggota pasukan polis hutan, Kuantan, Pahang.) / Asmah M. Talib. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Latihan ilmiah ini adalah kajian yang dibuat terhadap isteri-isteri Melayu anggota Pasukan Polis Hutan, Kuantan. Kehidupan harian mereka merupakan satu aspek yang menarik kerana mereka selalu ditinggalkan oleh suami-suami mereka yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan mata-mata. Suami-suami mereka sentiasa ditugaskan ke hutan sama ada di hutan-hutan negeri-negeri Semenanjung Malaysia atau di Malaysia Timur ataupun di sempadan-sempadan antara Malaysia-Thailand atau Malaysia-Indonesia. Di samping itu, suami mereka juga ditugaskan dibandar-bandar seperti semasa ada pergaduhan atau rusuhan. Nyawa mereka sentiasa terancam di dalam menjaga keamanan negara.
Actions (For repository staff only : Login required)