Kemiskinan dan kemudahan asas (Satu kajian untuk meneliti kemiskinan dan kaitannya dengan kemudahan asas di kalangan masyarakat di Kampung Alor Serdang, Mukim Sala Kechil, Kedah) / Awang Kechik Ahmad

Awang Kechik , Ahmad (1986) Kemiskinan dan kemudahan asas (Satu kajian untuk meneliti kemiskinan dan kaitannya dengan kemudahan asas di kalangan masyarakat di Kampung Alor Serdang, Mukim Sala Kechil, Kedah) / Awang Kechik Ahmad. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah mengenai kemiskinan masyarakat luar bandar, khuauanya masyarakat tani. Perbincangan ke atas tema ini ditinjau dari sudut kekurangan kemudahan asas di kampung yang dikaji. Bab I membincangkan mengenai tujuan dan bidang kajian, kaedah-kaedah yang digunakan dalam membuat kajian luar, masalah-masalah yang dihadapi dan latar belakang kawasan kajian. Bab II membicarakan tentang pengertian kemiskinan, pengukuran kemiskinan, teori yang berkaitan dengan kemiskinan dan memaparkan secara ringkas fenomena kemiskinan di Malaysia. Juga melihat kaitan di antara kemiskinan dengan kemudahan asas. Bab III memerihalkan latarbelakang ekonomi responden. Antara yang disentuh ialah mengenai pola pemilikan tanah, guna tanah, pekerjaan, pendapatan serta pola perbelanjaan responden. Dalam bab IV, tumpuan perbincangan diberi terhadap aspek kemudahan awam yang terdapat ditempat kajian. Perbincangan meliputi kemudahan pelajaran, kesihatan, keselamatan, pengangkutan, kemudahan elektrik dan air. Perbincangan dalam aspek-aspek ini disusuli pula dengan menghurai masalah-masalah yang dihadapi akibat dari kekurangan kemudahan awam yang telah banyak mewarnakan situasi alam sekeliling masyarakat yang dikaji. Bab V pula membincangkan tentang peranan perbadanan awam pertanian di dalam usaha-usaha memanjatkan taraf hidup penduduk. Perbincangan ini meliputi usaha-usaha yang telah diambil khususnya oleh LPN dan MADA. Juga memerihalkan masalah-masalah yang timbul berhubung dengan keberkesanan fungsi badan tersebut khusunya kepada masyarakat di tempat kajian. Terakhir bab VI, pengkaji telah membuat rumusan teoritis ke atas teori yang diutarakan dan ke atas penemuan-penemuan yang dipungkut dalam penyelidikan. Pada akhirnya, pengkaji membuat beberapa saranan yang pada hemat pengkaji kekurangan-kekurangan yang dialami secara serius oleh masyarakat di sini perlu diberi perhatian oleh pihak berkenaan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Kemiskinan; Kemudahan asas; Pemilikan tanah; Pelajaran; Keselamatan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 28 May 2021 03:49
    Last Modified: 28 May 2021 03:49
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12358

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item