Wanita dalam industri pelancongan: Satu kajian kes di Kuala Lumpuer / Low Poh Keng

Low , Poh Keng (1993) Wanita dalam industri pelancongan: Satu kajian kes di Kuala Lumpuer / Low Poh Keng. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian wanita dalam industri pelancongan merangkumi lima bab. Secara keseluruhannya kajian ini membincangkan peranan-peranan w nita dalam sektor perkhidmatan-pelanggan dalam konteks industri pelancongan. Peranan wanita dalam keluarga dan peranan wanita dalam pekerjaan di pasaran d ika ji dalam persekitaran peke jaan sektor perkhidmatan tersebut. Bab pertama menggariskan suatu rangka dan kaedah-kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian luar serta suatu pengenalan tentang industri pelancongan di Malaysia. Selain itu, kajian-kajian wanita di Barat dan Asia yang berkaitan dengan peranan wanita dan yang berkenaan dengan kajian ini juga diperkenalkan. Bab kedua meneliti konsep-konep dominasi wanita dalam sektor perkhidmatan-pelanggan industri pelancongan. Peranan yang dimainkan oleh sistem patriaki dan kapitalisme dalam masyarakat menjadi suatu dasar untuk menjelaskan keadaan pembahagian buruh menurut jantina secara umum dalam masyarakat dan juga di sektor perkhidmatan dalam industri pelancongan di Malaysia. Pengkhususan kerja wanita dalam bidang-bidang pekerjaan tertentu wujud akibat daripada pembehagian kerja menurut jantina dan penumpuan wanita dalam bidang perkhidmatan pelanggan diteliti dari perspektif kewanitaan bidang tersebut. Bab ketiga adalah suatu tinjauan tentang peranan wanita dalam pekerjaan mereka di sektor perkhidmatan pelanggan. Motivasi dan keutamaan yang mendorong wanita menceburi bidang tersebut diteliti supaya dapat memberi suatu pemahaman mengenai mobiliti pekerjaan mereka dalam bidang perkhidmatan-pelanggan industri pelancongan. Angkubah-angkubah dalam sifat-sifat persekitaran pekerjaan tersebut menjadi alat-alat ukuran mobiliti pekerjaan wanita dalam sektor berkenaan. Bab keempat pula meninjau aspek peranan wanita dalam keluarga. Kewujudan gejala-gejala perubahan peranan wanita dalam keluarga akibat daripada peranan pekerjaan mereka merupakan hipotesis dalam bab ini. Bab kelima merupakan suatu rumusan mengenai perbincangan dalam bab pertama hingga bab keempat. Suatu pandangan menyeluruh tentang peranan wanita dalam sektor perkhidmatan-pelanggan ditunjukkan dalam bab terakhir ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1992/1993.
    Uncontrolled Keywords: Wanita; Pelancongan; Sektor perkhidmatan-pelanggan; Rumahtangga; Ekonomi
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 14 Jul 2021 03:39
    Last Modified: 14 Jul 2021 03:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12369

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item