Mustaffa Kamal, Alias (1991) Idealisme pemuda Islam (Satu kajian kes aktiviti Islam di Kuala Lumpur) / Mustaffa Kamal Alias. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (13Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini cuba menjelaskan fenomena kebangkitan Islam di kalangan generasi pemuda Islam kini. Perbincangan ditumpukan kepada persoalan idealisme Islam yang dianut oleh para pemuda Islam. Untuk tujuan itu, kajian ini mengemukakan pandangan-pandangan pemuda mengenai Islam. Idealisme itu kemudiannya disenaraikan dan dijelaskan satu persatu serta dianalisiskan dan dinilai mengikut neraca al-Quran, Hadith dan logika. Bab I menghuraikan method kajian ini dilakukan. Dalam bab II, perbincangan dikembangkan untuk mencari erti kata “agama” dan “manusia”. Kedua-dua disiplin ilmu Barat dan Islam dibandingkan untuk menyorot dan menyelami pengertian sebenar kedua perkataan tadi. Bagaimanapun, untuk tujuan kajian ini, konsep manusia sebagai khalifah mahkluk yang tidak tercerai dari penciptanya yang telah menjadikan “agama” yakni Islam sebagai fitrahnya. Bab III pula cuba menyingkap tadbir sejarah yang dilalui oleh bangsa Melayu untuk memberikan kesedaran kepada kenyataan kuatnya ikatan sejarah silam yang telah menatah bangsa Melayu sebelum kedatangan Islam. Dengan itu, keunggulan agama Islam dapat dilihat kesinambungannya dalam konteks landasan budaya yang ditempoh oleh bangsa Melayu. Bab IV pula memuatkan segala data mengenai idealisme Islam kaum pemuda. Kesemua padangan keagamaan dianalisis dibawah teropong kritikan al-Quran, Hadith dan logika. Dari segi penelitian yang dilakukan, didapati idealisme Islam yang terakam dalm diri pemuda boleh diekelaskan kepada 4 ciri utama iaitu I. Kurang penghargaan kepada akal (anti akal). II. Kurang kecenderungan terhadap ilmu (anti ilmu). III. Terlalu memandang tinggi kepada tradisi silam Islam (fanatisme terhadap tradisi). IV. Kurang senang terhadap pemerintah (anti establishment). Dalam bab V, pengkaji menyimpulkan kebuntuan dan kekeliruan mengenai tafsiran Islam yang dialami oleh kaum pemuda sebenarnya hanya merupakan urutan dari kemalapan dan kepincangan kefahaman Islam masyarakat keseluruhannya. Anasir anti akal, anti ilmu dan tradisionalisme yang melekat kuat kepada tubuh keyakinan agama golongan ulama’ dan umat Islam, mematikan keupayaan pemuda-pemuda untuk melihat Islam mengikut warnaya yang asli. Kebetulan sejarah yang tidak direncanakan melegitimasikan anasir anti akal, anti ilmu dan tradisionalisme sebagai sifat dan ciri Islam yang sah, walhal, ianya nyata menyimpang jauh dari al-Quran, Hadith dan logika.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1990/1991. |
Uncontrolled Keywords: | kebangkitan Islam; Pemuda; Idealisme; Anti akal; Tradisi |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | UNSPECIFIED |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 17 Sep 2021 02:31 |
Last Modified: | 17 Sep 2021 02:31 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12379 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |