Mohd Yusri , Daud (1989) Personaliti dan hubungannya dengan ketegangan dan daya tindak ketegangan / Mohd Yusri Daud. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara personality dengan ketegangan dan personality dengan daya tindak terhadap ketengangan di kalangan para pekerja di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah. Ia dijalankan ke atas 114 orang subjek dari 7 bahagian perkhidmatan yang berbeza. Subjek dibahagikan kepada kumpulan mengikut jantina, tempoh perkhidmatan, kumpulan pekerjaan dan tahap Pendidikan. Dengan menggunakan korelasi Pearson, keputusan menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personality dengan daya tindak. Dengan menggunkan ujian -t , keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan ketegangan yang signifikan antara personality A dan B dalam daya tindak. Selain itu, tidak terdapat perbezaan ketegangan dan daya tindak yang signafikan antara jantina. Analisis varians satu hala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan ketegangan dan daya tindak yang signifikan antara faktor tempoh perkhidmatan dan kumpulan pekerjaan kecuali pada faktor tahap Pendidikan di mana walaupun tidak terdapat perbezaan daya tindak yang signifikan antara kumpulan tahap Pendidikan yang berbeza itu.
Actions (For repository staff only : Login required)