Mariati , Mustadi (2019) Aplikasi teknik vokal Shakespeare dalam karakter lakonan suara: Satu kajian drama radio ‘Pondok Seorang Perempuan’ / Mariati Mustadi. Masters thesis, University of Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (202Kb) | ||
| PDF (Thesis M.A) Download (721Kb) | Preview |
Abstract
Kajian ini adalah berkaitan dengan aplikasi teori vokal Shakespeare dalam karakter lakonan suara drama radio berdasarkan kajian ke atas karya ‘Pondok Seorang Perempuan’ yang diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kuala Lumpur. Kajian ini timbul apabila negara masih kekurangan kajian dalam bidang lakonan suara khususnya yang berkaitan panduan dan rujukan sesuatu teori mengenai pembinaan karakter lakonan suara drama radio. Oleh itu, berpandukan teori vokal Shakespeare objektif kajian ini adalah untuk mengetahui penggunaan elemen-elemen dalam teori pedagogi Shakespeare dan seterusnya menjelaskan bagaimana elemen-elemen tersebut digunakan dalam emosi watak yang telah dipilih dalam karya drama radio tersebut. Dengan memilih karya ‘Pondok Seorang Perempuan’, pengkaji akan menganalisis teks dan rakaman drama radio bagi membantu pengkaji mendapatkan saluran maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Pengkaji hanya memilih lima elemen di dalam teori vokal Shakespeare dan lima bentuk emosi untuk dikaji dalam topik ini. Kaedah yang telah dilakukan oleh pengkaji adalah seperti sesi temubual ke konti radio bersama individu yang terlibat dalam rakaman drama radio, mendapatkan bahan di perpustakaan dan mendengar rakaman drama radio dari pihak RTM. Hasil kajian ini dapat digunakan sebagai bahan rujukan kepada masyarakat, pelajar dan pengkaji khususnya dalam bidang lakonan suara drama radio.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Cultural Centre, University of Malaya, 2019. |
Uncontrolled Keywords: | Teori vokal Shakespeare; Pondok Seorang Perempuan; Drama radio; Lakonan; RTM |
Subjects: | N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Cultural Centre |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 09 Aug 2021 09:34 |
Last Modified: | 09 Aug 2021 09:34 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12399 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |