Generasi kedua Felda, pekerjaan dan masa hadapan(Satu kajian kes di Tanah Rancangan Felda Sendayan, Negeri Sembilan) / Mohd Samlee Mohd Sari

Mohd Samlee , Mohd Sari (1990) Generasi kedua Felda, pekerjaan dan masa hadapan(Satu kajian kes di Tanah Rancangan Felda Sendayan, Negeri Sembilan) / Mohd Samlee Mohd Sari. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Bab satu, rnerupakan bab pendahuluan, dimana pengkaji telah mengariskan aspek- aspek seperti tujuan kajian,bidang kajian, kepentingan kajian, keadah penyelidikan dan masalah-masalah yang dihadapi secara am. Bab II, pengkaji cuba meninjau sejarah pembentukan FELDA, peranannya dalam pembangunan tanah, penempatan dan pembangunan sosial peneroka. Dalam bab ini, ditunjukkan pencapaian yang diperolehi oleh agensi ini. Bab ini juga menyentuh aspek kawasan, penduduk, kemudahan-kemudahan tanah rancangan dan juga pentadbiran. Bab III membincangkan latar belakang responden yang dikaji terutama dari segi umur, ststus, taraf pendidikan serta latar belakang keluarga peneroka selaku orang tua kepada responden. Bab ini juga meninjau sikap responden terhadap tanah rancangan. Keadaan ini dirasakan penting untuk dijadikan sandaran bagi memerhati penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti tanah rancangan. Bab IV pula melihat pekerjaan yang dilakukan oleh responden. Bab ini juga mencari sebab mengapa mereka terlibat di dalam pekerjaan berikut. Di sini dinyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh responden untuk mengusahakan ladang mereka. Bab ini juga menilai masalah yang mereka hadapi dalam melakukan kerja-kerja yang lain. Bab V ialah bab yang mengandungi maklumat dan data ‘secdondary’ serta maklumat yang diperolehi dari keadaan kajian. Apa yang cuba dilakukan ialah menilai sejauh manakah rancangan FELDA untuk membantu generasi kedua wujud atau terlaksana di kalangan generasi kedua di tanah rancangan ini. Penglibatan ini cuba dilihat dalam dua keadaan. Pertamanya penglibatan dalam latihan kemahiran dan keduanya melalui persatuan belia. Dalam bab ini juga, dinyatakan masalah masa kini yang menyebabkan generasi kedua hilang minat untuk terus tinggal di tanah rancangan dan seterusnya tidak mengusahakan tanah walaupun tanah tersebut milik ibubapa mereka sendiri. Bab VI merupakan rumusan daripada semua bab dan juga penutup kepada kajian yang telah dijalankan dan beberapa cadangan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1989/1990.
    Uncontrolled Keywords: Tanah Rancangan Felda Sendayan; Generasi kedua; Taraf hidup; Peneroka; Persatuan belia
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 03 Jun 2021 04:33
    Last Modified: 03 Jun 2021 04:33
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12428

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item