Abdul Rahim, Ahmad (1974) Dasar-dasar pemilihan wakil rakyat di kalangan komuniti tani Permatang Berangan, Tasek Gelugur, Seberang Perai: Satu tinjauan sosio-politik / Abdul Rahim Ahmad. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
Abstract
Pilihanraya Umum Dewan-dewan undangan negeri telah dijalankan serentak dengan pilihanraya umum dewan rakyat, iaitu pada 10hb Mei 1969. Ini ialah kali yang ketiga pilihanraya umum dewan-dewan undangan negeri dan dewan rakyat diadakan semenjak malaysia barat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 yang lalu. Didalam pilihanraya ini bagi kawasan pilihanraya tasek gelugur untuk kerusi dalam dewan undangan negeri pulau pinang, Tuan Haji Ahmad bin Haji Jamil, calun Perikatan, telah kalah kepada Encik Mustapha bin Hussain, calun 'Gerakan Rakyat Malaysia' dengan majoriti 194 undi sahaja. Walaupun kekalahan dan kemenangan di dalam pilihanraya adalah merupakan satu kebiasaan tetapi bagi kawasan tasek gelugur ini ianya merupakan sesuatu yang menggemparkan dan membawa erti yang besar kepada penduduk-penduduk dan kepada penyokong-penyokong Perikatan amnya dan kepada bakal wakil-wakil rakyat khursusnya. Adalah satu hal yang umum diterima bahawa kawasan tasek gelugur ini ialah kubu perikatan yang agak sukar ditembusi oleh mana-mana parti politik kerana di dalam kawasan ini adalah dianggap bahawa kaum melayu merupakan golongan majoriti. Adalah umum diterima juga bahawa 90% daripada kaum melayu di dalam kawasan ini merupakan penyokong-penyokong perikatan.
Actions (For repository staff only : Login required)