Aizan Fareena , Muhamad (2002) Ensiklopedia: The body system / Aizan Fareena Muhamad. Masters thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (14Mb) | Preview |
Abstract
Ledakan teknologi maklumat yang semakin pesat telah mengubah cara manusia berfikir dan melakukan kerja. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali daripada menerima perubahan tersebut. Kewujudan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan telah mengubah cara pembelajaran dan maklumat disampaikan kepada guru dan para pelajar. Lebih banyak perisian pembelajaran dan juga ensiklopedia yang menarik serta berinteraktif telah dibangunkan dengan menggunakan teknologi multimedia yang terkini. Dengan wujudnya maklumat yang melimpah ruah pada abad ini telah membolehkan pelajar untuk meneroka dan menjelajah pengetahuan dengan cara mereka yang tersendiri. Mereka lebih bebas untuk mempelajari dan memperoleh pengetahuan mengena i perkara yang diminati oleh mereka. Sumber maklumat yang dicapai oleh para pelajar boleh jadi dalam bentuk cakera CD-ROM ataupun melalui Internet. Ensiklopedia The Body System merupakan sebuah ensiklopedia dalam bentuk cakera CD-ROM yang khusus mengenai sistem tubuh badan manusia. Ia dibangunkan untuk memudahkan proses pembelajaran dengan menyediakan persekitaran pembelajaran bermultimedia yang menampilkan elemen leks, grafik, audio/video dan animasi. Oleh itu, dengan wujudnya ciri-ciri tersebut, ia dapat membantu meningkatkan pemahaman yang mendalam kepada pengguna mengenai perkara yang berkaitan dengan sistem tubuh badan manusia. Secara keseluruhannya, perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian pembangunan Macromedia Director 8.0 di mana pembangunannya dijuruskan kepada rekabentuk antaramuka pengguna. Pendekatan pembangunan model prototaip digunakan untuk perlaksanaan projek ini dan untuk model rekabentuk antaramuka penggunanya. Dengan adanya ciri kemudahan yang disediakan oleh ensiklopedia ini, diharap ianya dapat membantu pengguna memperoleh segala maklumat yang diingini tentarlg sistem tubuh badan manusia.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2001/2002. |
Uncontrolled Keywords: | Teknologi multimedia; Interaktif; Grafik; Elemen leks; Macromedia Director 8.0 |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 26 Nov 2021 07:58 |
Last Modified: | 26 Nov 2021 07:58 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12687 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |