Pakej pembelajaran isyarat jalanraya interaktif multimedia / Suhaila Zainol

Suhaila, Zainol (2003) Pakej pembelajaran isyarat jalanraya interaktif multimedia / Suhaila Zainol. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (15Mb) | Preview

    Abstract

    Pakej Pembelajaran Isyarat Jalanraya Interaktif Multimedia merupakan sistem perisian yang dibangunkan untuk mengatasi kelemahan yang wujud terhadap kaedah pembelajaran sedia ada melalui kajian yang dijalankan terhadap sistem pembelajaran sedia ada di samping menyediakan bahan rujukan tambahan kepada calon yang bakal menduduki Ujian Undang-Undang Jalanraya selain menjadi alat bantuan mengajar bagi tenaga pengajar Institut Memandu di seluruh Malaysia. Untuk memastikan sistem perisian yang dibangunkan mencapai objektif yang telah ditetapkan maka metodologi digunakan di mana Model Air Terjun dan Prototaip digunakan sebagai model proses di samping lima teknik pengumpulan maklumat digunakan unuk memperolehi maklumat yang tepat mengenai keperluan pengguna dan sistem yang akan dibangunkan. Setelah maklumat spesifikasi keperluan diperolehi maka ianya dianalisa untuk mendapatkan spesifikasi keperluan yang terperinci dari maklumat keperluan yang diperolehi di mana terdapat tiga kategori keperluan sistem dikenalpasti iaitu keperluan fungsian, keperluan bukan fungsian dan keperluan teknikal. Langkah seterusnya adalah menterjemahkan keperluan kepada bentuk tersusun yang boleh dilaksanakan. Aktiviti ini dilakukan di dalam fasa rekabentuk yang menggunakan Model Mesin Abstrak untuk mewakili rekabentuk senibina di samping rekabentuk input dan output dan rekabentuk antaramuka digunakan untuk melengkapkan lagi fasa rekabentuk bagi sistem perisian yang dibangunkan. Prototaip antaramuka bagi sistem perisian yang dibangunkan juga direkabentuk sebagai gambaran awal terhadap sistem yang akan dibangunkan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Multimedia; Interaktif; Isyarat jalanraya; Ulead GIF Animator; Adobe Photoshop; Ujian Undang-Undang Jalanraya
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 14 Dec 2021 02:28
    Last Modified: 14 Dec 2021 02:28
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12753

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item