Analisis penggunaan laras bahasa teknologi dalam majalah Arab / Suhailina Asli

Suhailina , Asli (2020) Analisis penggunaan laras bahasa teknologi dalam majalah Arab / Suhailina Asli. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (195Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (2123Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian yang bertajuk “Analisis Penggunaan Laras Bahasa Teknologi Dalam Majalah Arab” ini akan meneliti penggunaaan laras bahasa teknologi dalam majalah Arab Aswaq Magazine. Laras sesuatu bahasa dapat ditentukan melalui pemilihan istilah khusus yang menyentuh bidang yang dibicarakan. Objektif dalam pelaksanaan kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan istilah khusus laras bahasa teknologi termasuklah istilah pinjaman yang diserap masuk. Selain itu, pembentukan kata istilah laras bahasa teknologi melalui proses derivasi dalam majalah ini turut akan diberi penelitian. Data kajian adalah berdasarkan 30 artikel yang dipilih secara rawak daripada kolum teknologi Aswaq Magazine yang diterbitkan secara bulanan sepanjang tahun 2017. Kajian yang berbentuk kualitatif deskriptif ini akan menggunakan kerangka teori Leech & Short (1981) yang menggariskan 4 aspek untuk dilihat dalam laras bahasa iaitu leksikal, tatabahasa, keindahan bahasa serta ketenunan dan konteks. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa wujud istilah-istilah khusus yang membentuk laras bahasa teknologi. Selain itu, istilah pinjaman daripada bahasa lain turut dapat dikenal pasti dalam penggunaan laras ini. Manakala, analisis berkaitan pembentukan kata istilah laras bahasa teknologi membuktikan variasi dan ciri unik bahasa Arab itu sendiri.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Laras bahasa; Teknologi; Majalah Arab; Istilah; Tatabahasa
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 03 Feb 2022 07:49
      Last Modified: 03 Feb 2022 07:49
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12760

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item