Satu kajian kes ldentiti etnik Sino-Kadazan di pekan Papar / Jenith Mahibol

Jenith , Mahibol (1993) Satu kajian kes ldentiti etnik Sino-Kadazan di pekan Papar / Jenith Mahibol. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan kajian kes yang dijalankan ke atas kaum Sino-kadazan di kampung-kampung sekitar Pekan Papar dan beberapa kawasan di luar Pekan Papar. Sino-Kadazan merupakan salah satu kumpulan sub-etnik di Sabah yang juga dikenali sebagai 'peranakan Cina'. Identiti kaum ini merupakan identiti yang ambiguous. Ini adalah kerana ia terhasil daripada gabungan antara dua etnik yang berlainan iaitu Kadazan dan Cina. Identiti yang ambiguous ini tel ah menimbulkan beberapa masalah kepada kaum ini khususnya dari segr hak dan peluang untuk menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kcrajaan. Kajian sosio-ekonomi dan perubahan identiti lilt akan memperlihatkan bagaimana keadaan politik negara mempengaruhi pemantapan dan mt. Selain daripada itu, kajian ini juga akan menjelaskan bagaimana kaum ini mengendalikan masalah-masalah dan halangan-halangan yang mereka hadapi. Bab satu menerangkan tentang permasalahan dan tema kajian di sarnping menerangkan objektif dan skop kajian. Bab ini juga mengandungi perbincangan men genai kajian-kajian etnisiti yang lepas dan pendekatan-pendekatan teori yang digunakan. Selain daripada itu, metodologi penyelidikan dan kesulitan-kesulitan kajian juga dibincangkan dalam bab ini. Dalam bab kedua, pengkaji memberikan secara ringkas latar belakang mengenai Sino-kadazan di Sabah dan latar belakang responden. Selain daripada itu, pengkaji juga menerangkan secara ringkas mengenai kedudukan etnik Kadazan dan Cina sebagai bumiputera di Sabah. Bab ketiga mengandungi perbincangan mengenai identiti etnik Sino-Kadazan dari aspek pembentukannya hinggalah kepada proses pemantapan dan perubahan identitinya. Perbincangan juga akan berkisar mengenai faktor-faktor pengidentifikasian diri yang amat berkait rapat dengan dinamik identiti ini. Bab keempat membincangkan mcngenai proses adaptasi budaya dalam sesebuah keluarga Sino-Kadazan. Dalam hal ini, pengkaji akan membincangkan mengenai amalan budaya yang dominan dalam keluarga itu dengan mengambilkira faktor-faktor penting seperti agama dan budaya. Di samping itu, pengkaji juga membincangkan aspek sosialisasi termasuk agen-agen sosialisasi yang penting dan interaksi sosial yang berlaku dlaam masyarakat Sino-Kadazan. Akhirnya, bab kelima akan merumuskan isu-isu utama yang berkaitan dengan identiti etnik ini termasuk faktor-faktor yang berkait. rapat dengannya. Sebagai kesimpulan bagi kajian ini, pengkaji membincangkan kemungkinan-kemungkinan bagi masa depan kaum ini dan implikasinya serta pandangan pengkaji sendiri terhadap masa depan identiti kaum ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1993/1994.
    Uncontrolled Keywords: Sino-Kadazan; Papar; Sosialisasi; Etnik; Keluarga
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 14 Jan 2022 07:50
    Last Modified: 14 Jan 2022 07:50
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12784

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item