Perkampungan Portugis: Satu tinjauan ke atas etnisiti dan peranan wanita / Wong Woei Woei

Wong , Woei Woei (1993) Perkampungan Portugis: Satu tinjauan ke atas etnisiti dan peranan wanita / Wong Woei Woei. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (18Mb) | Preview

    Abstract

    Tesis ini adalah bertujuan mengkaji secara khususnya peranan wanita Serani Portugis dalam pembangunan komuniti di perkampungan Portugis. Tinjauan yang selanjutnya juga akan didalami dalam mengaitkan hubungan di antara peranan wanita Serani Portugis dengan aspek etnisiti. Latihan ilmiah ini terdiri dari enam bab. Bab I, bab pendahuluan akan di keutarakan bagi menjelaskan tujuan serta skop kajian. Selain itu, metodologi juga akan disampaikan dan diiringi oleh masalah-masalah kajian semasa kerja-kerja penyelidikan dilakukan. Satu diskripsi yang ringkas terhadap tempat kajian juga telah diadakan bagi mempermudahkan pemahaman latihan ilmiah ini. Dalam bab II, satu pengenalan akan diberikan terhadap perkampungan Portugis dari segi sejarah dan masa kini. Keadaan-keadaan sosio-ekonomi pada masa kini akan dikeutarakan untuk memberi satu latar belakang bagi pembentangan pelbagai aspek dalam bab-bab yang seterusnya. Peninjauan aspek-aspek sosio-ekonomi di sini adalah penting kerana ia merupakan garis panduan kepada perbincangan topik etnisiti secara mendalam. Bab III akan ditumpukan kepada topik peranan wanita secara domestik dan juga dalam pembangunan ekonomi dan juga dalam pembangunan ekonomi komuniti mereka. Wujud perhubungan yang ketat di antara kedua-dua aspek ini kerana kaum wanita Serani dilihat sebagai lebih berdedikasi dalam pekerjaan domestic. Namun, mereka juga giat dalam aktiviti ekonomi yang dianggap suatu kegemaran dalam masa lapang. Dalam bab IV, perbincangan tentang pendidikan dan aktiviti-aktiviti social kaum wanita Serani akan dihuraikan. Ia akan menunjukkan sejauhmanakah wanita telah melibatkan diri ke dalam aktiviti social dan juga setakat mana pendidikan memaninkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka. Bab V akan memberi tumpuan khas kepada pembentangan soal etnisiti. Adalah penting untuk melibatkan semua aspek berkaitan dengan etnisiti, bermula dari perbincangan rupa bentuk fizikal kepada corak interaksi sosial. Peranan wanita akan terdiri daripada sebahagian bab ini untuk meninjau aspek-aspek obligasi dan tanggungjawab dalam menanam nilai-nilai budaya dan identity Serani ke dalam komuniti mereka. Bab VI adalah kesimpulan yang dibuat hasil daripada keseluruhan penyelidikan. Bab ini akan menyimpulkan peranan wanita secara keseluruhannya dalam pembangunan perkampungan Portugis. Selain itu, suatu kesimpulan tentang masalah-masalah yang berkaitan dengan aspek etnisiti perkampungan komuniti ini juga akan disampaikan. Bab ini juga merupakan satu saluran bagi kaum Serani Portugis untuk mengeluarkan pendapat serta harapan semoga masalah-masalah mereka dapat menarik perhatian orang ramai serta pihak-pihak berkuasa yang berkenaan supaya pertolongan akan dihulurkan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1993.
    Uncontrolled Keywords: Perkampungan Portugis; Sosio-ekonomi; Wanita; Serani; Pendidikan
    Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 17 Feb 2022 08:03
    Last Modified: 17 Feb 2022 08:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12864

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item