Pakej pembelajaran rangkaian komputer dan komunikasi data (RANGKOMDATA) / Noorakmal Jusoh

Noorakmal , Jusoh (2000) Pakej pembelajaran rangkaian komputer dan komunikasi data (RANGKOMDATA) / Noorakmal Jusoh. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Penggunaan perisian yang berbentuk CD atau web semakin mendapat perhatian dan sambutan terutamanya dikalangan pelajar. Namun begitu pakej pembelajaran terutamanya dalam Bahasa Melayu untuk pelajar lPT masih lagi berkurangan di pasaran Menyedari hakikat inilah ia mendorong saya untuk membangunkan pakej pembelajaran bermultimedia seperti ini. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, sambutan dari kalangan pelajar adalah begitu menggalakkan. Projek yang dibangunkan ini, adalah bertajuk Pakej Pembelajaran Rangkaian Komputer dan Komunikasi Data atau panggilan ringkasnya Pakej RANGKOMDATA Bermultimedia. Perisian ini adalah diharapkan dapat rnembantu proses pembelajaran para pelajar jurusan sains komputer dan teknologi maklumat yang mengikuti kurus ini. Pakej RANGKOMDATA ini adalah satu pakej pcndidikan bermultimedia yang dibangunkan khas untuk pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi khususnya untuk pelajar Falkulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya. Dalam pakej ini, ia bukan sahaja mempunyai modul-modul yang berbentuk nota tetapi juga mengandungi bank soalan peperiksaan yang telah lepas, latihan untuk setiap bab nota dan bahagian analisis prestasi pelajar. Untuk mewujudkan persekitaran yang berkonsepkan mesra pengguna, perisian ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian pengaturcaraan Visual Basic 6 dan Microsoft Access 7 untuk membina pangkalan data. Secara ringkasnya, laporan ini menerangkan dengan lengkap proses-proses yang berlaku pada setiap fasa pembangunan sistern. Laporan ini juga mengandungi rnaklumat-maklumat, gambarajah serta jadual-jadual yang berkaitan dengan pakej ini. Manual pengguna dan contoh pengkodan juga dilampirkan dibahagian lampiran Adalah diharapkan perisian ini nanti akan membantu para pelajar membuat rujukan selain daripada menghadiri kuliah dan nota-nota pensyarah sekaligus dapat menggantikan proses pembelajaran tradisional sebagaimana yang berlaku sekarang.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2000.
    Uncontrolled Keywords: CD; Web; Pakej pembelajaran; Pakej RANGKOMDATA; Pengaturcaraan
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 08 Mar 2022 08:09
    Last Modified: 08 Mar 2022 08:09
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12960

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item