e-Kereta / Samsu Suryati Osman

Samsu Suryati , Osman (2004) e-Kereta / Samsu Suryati Osman. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (16Mb) | Preview

    Abstract

    Projek ini secara khusus dibangunkan untuk kebaikan para pengguna/pemilik kereta. e-Kereta ini timbul akibat kebanyakan masalah yang dihadapi oleh pengguna adalah impak daripada kurangnya sumber maklumat yang berkauliti yang ada di pasaran yang boleh digunakan oleh pengguna dalam membantu mereka mengetahui "latar belakang" kereta mereka. Mereka bukanlah untuk mengetahui fungsian kereta dengan begitu terperinci, tetapi sekurang-kurangnya pengetahuan tentang komponen-komponen asas bagi sesebuah kereta. Disamping itu, akibat kurangnya juga pengetahuan asas tentang kereta, kerosakan yang sekelumit cuma juga perlu dihantar ke bengkel untuk diperbaiki, jika tidak bernasib baik ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan ini. Oleh yang demikian, masalah ini akan diselesaikan dengan e-Kereta. Sebagai langkah awal, hanya model kereta yang menggunakan enjin karburator dun injuksi sahaja yang akan terdapat dalam e-Kereta ini. Bagi paparan fizikal kerera model Proton Wira dan Proton Waja akan digunakan sbagai paparan. Maka e-Kereta ini berkebolehan untuk memaparkan komponen-komponen asas kereta-kereta ini secara visual yang jelas dan mudah untuk difahami dan diperolehi dengan menggunakan pendekatan penkomputeran bermultimedia dan juga pengajaran atas talian (Internet). Selain daripada itu sistem ini juga berkebolehan untuk memproses jenis kerosakan kereta berdasarkan sintom yang diberikan pengguna dan seterusnya menyediakan penyelesaian kepada kerosakan itu tadi. Disamping itu disediakan juga jadual penyelenggaraan bagi kereta. Dengan menggunakan perisian utama Macromedia Flash MX dan Macromedia Dreamweaver MX sebagai perisian pembangunan diharap masalah ini tidak kenal omboh (piston) dapat diselesaikan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2003/2004.
    Uncontrolled Keywords: e-Kereta; Atas talian; Macromedia Dreamweaver MX; Ptoton; Pengguna
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 23 Mar 2022 07:22
    Last Modified: 23 Mar 2022 07:22
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13046

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item