Sistem maklumat pengurusan pelajar luar kampus SMPLK versi 1.0 / Syed Abd Halim Syed Ali

Syed Abd Halim , Syed Ali (2002) Sistem maklumat pengurusan pelajar luar kampus SMPLK versi 1.0 / Syed Abd Halim Syed Ali. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah kemasukan pelajar ke institusi institusi pengajian tinggi tempatan semakin meningkat dan kebanyakkan daripnda pelajar-pelajar yang baru ini akan mendiami kolej-kolej kediaman, tetapi bagi pelajar pelajar senior atau pelajar yang lama mereka terpaksa keluar daripada kolej kediaman dan terpaksa mencari rumah rumah sewa di luar untuk penginapan mereka. Sejajar dengan peningkatan pelajar-pelajar yang tinggal di luar kolej, maka tertubuhnya persatuan mahasiswa luar kampus atau singkatannya ialah PUSPITA telah mengambil inisiatif untuk memberikan kemudahan kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat tempat tinggal di dalam kampus dengan cara mencari rumah-rumah sewa yang berdekatan dengan kampus. Bagi menyenangkan lagi proses pengurusan PUSPITA satu sistem pengurusan maklumat pelajar luar kampus perlu dibangunkan bagi menggantikan sistem yang sedia ada. Dengan menggunakan kaedah lama (manual) bagi menguruskan maklumat pelajar luar kampus ia di katakana kurang efektif dan sistematik. Namun begitu, terdapat kesedaran daripada pihak pengurusan yang masih menggunakan kaedah yang lama untuk menggantikan dengan sistem yang lebih efektif dalam mengguruskan maklumat pelajar luar kampus. Sistem ini juga boleh menjimatkan masa pihak penggunakan dan tidak perlu lagi membuat penyimpanan rekod secara manual yang memerlukan banyak fail. Penyediaan beberapa modul telah dilakukan iaitu ianya melibatkan modul maklumat ahli PUSPITA, maklumat AJK PUSPITA, pentadbiran, maklumat rumah sewa, dan pertanyaan. Untuk mewujudkan sistem yang cekap dan bersistematik, sistem ini akan dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic 6.0 dan Microsoft Access 2000 untuk pangkalan data. Oleh itu selaras dengan perkembangan teknologi terkini satu sistern pengurnsan maklumat secara berkomputer amatlah diperlukan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pibak pengurusan di dalam mengurnskan maklumat pelajar luar kampus. Pibak pengurusan PUSPITA akan dapat menguruskan maklumat pelajar dengan lebih sistematik, lengkap dan teratur terutamanya dalam menguruskan maklumat peribadi pelajar, maklumat rumah sewa, dan sebagainya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: PUSPITA; Rumah sewa; Sistem maklumat pengurusan pelajar luar kampus; Microsoft Access 2000; Bahasa pengaturcaraan Visual Basic 6.0
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Mar 2022 04:14
    Last Modified: 24 Mar 2022 04:14
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13074

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item