Zaidah, Zainal (1981) Gerakan koperasi peladang di Melaka dengan satu tinjauan terhadap aspek sosio-ekonomi petani-petani di Kg. Padang, Melaka / Zaidah Zainal. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (8Mb) | Preview |
Abstract
Latihan ilmiah ini ialah satu kajian terhadap koperasi peladang khususnyak operasi peladang di negeri Melaka dalam gerakannya membantu para petani di luar bandar terutumanya di bidang pertanian. Dalam melihat gerakan koperasi peladang ini, satu tinjauan telah dibuat ke ataa sebuah koperasi peladang di Kampong Padang, Melaka. Di dalam lima buah bab seterusnya akan diperbincangkan secara mendalam mengenai perkara-perkara tersebut. Di dalam bab I, di terangkan terlebih dahulu tujuan dan bidang kajian, metod, pemilihan tempat kajian dan juga masalah-masalah yang telah dihadapi dalam masa membuat kajian. Bab III membincangkan mengenai gerakan Koperasi Peladang dan hubungannya terhadap pembangunan pertanian di negara ini. Di dalam bab ini, penjelasan di berikan mengenai kepentingan kedudukan sector pertanian di negara ini dan bagaimana LPP sebagai sebuah agensi kerajaan telah mengendalikan gerakan Koperasi Peladangnya untuk membantu para petani di bidang pertanian. Begitu juga di dalam bab ini, di nyatakan menegnai latar belakang dan sejarah pertumbuhan Koperasi di negara ini. Di dalam bab III, pengkhususan di berikan keapda LPP negeri Melaka dengan mengambil Koperasi Peladang di Kamping Padang, Melaka sebagai objek kajian. Beberapa penjelasan mengenai kedudukan Koperasi Peladang di negeri Melaka juga di kemukakan dalam bab ini. Seterusnya, di dalam bab IV, satu tinjauan mengenai aspek sosio-ekonomi masyarakat Kg. Padang telah dibuat. Di dalam bab ini, beberapaq aspek mengenai aspek-aspek sosio-ekonomi masyarakat di situ cuba ditinjau, keadaan sebelum dan selepas adanya gerakan Koperasi Peladang. Bab V sebagai bab terakhir merupakan satu rumusan dan penutup terhadap kajian yang telah dijalankan. Di sini, dikemukakan juga beberapa kesimpulan dan pandangan tertentu terhadap Koperasi Peladang khususnya dalam konteks pembangunan sosio-ekonomi para petani. Hasil penemuan daripada kajian diharap dapat memberikan satu gambaran mengenai peranan sesebuah agensi kerajaan itu dan kepentingannya terhadap usaha-usaha untuk mencapai sesebuah matlamat tertentu.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1980/1981. |
Uncontrolled Keywords: | Koperasi peladang; Sosio-ekonomi masyarakat; Pembangunan; Simpanan; Pendapatan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 26 Apr 2022 08:05 |
Last Modified: | 26 Apr 2022 08:05 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13144 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |