Sistem komuniti maya / Mohd Nor Izwan Jamlus

Mohd Nor Izwan, Jamlus (2004) Sistem komuniti maya / Mohd Nor Izwan Jamlus. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Laporan adalah berkenaan sistem yang akan dibangunkan iaitu Sistem yang di bangunkan ialah Sistem Komunit Maya (Virtual Community). Sistem ini akan di bangunkan berdasarkan objektif pembangunan sistem ini iaitu: i. Membangunkan satu komuniti yang berasaskan web. ii. Menyediakan satu sistem yang dapat memudahkan pengguna untuk berkongsi makJumat serta pengetahuan secara global contohnya dalam bidang pembelajaran. iii. Menghasilkan satu sistem yang dapat menjimatkan masa dan tidak mengganggu aktiviti harian pengguna untuk berkongsi maklumat. iv. Mempertingkatkan proses pertukaran maklumat dan pengetahuan. v. Menghasilkan satu sistem yang mempunyai tahap kebolehgunaan serta keboleh percayaan yang tinggi dan berkualiti. Pengguna perlu berdaftar sebagai ahli sistem sebelum menggunakannya. Setelah berdaftar pengguna tersebut boleh mewujudkan komuniti sendiri atau menyertai komuniti yang sedia ada. Terdapat dua jenis komuniti iaitu public dan protected. Bagi komuniti jenis public, pengguna tidak perlu meminta kebenaran pentadbir komuniti untuk menyertainya manakala komuniti berjenis protected sebaliknya. Dalam komuniti yang telah diwujudkan pula terdapat tahap akses ahli yang berbeza iaitu Perintis (Founder), Pentadbir (Admin), dan Ahli biasa. Golongan yang menjadi sasaran khas bagi penggunaan sistem ini ialah dari golongan pelajar, profesional, pengajar, serta abli perniagaan. Pembangunan sistem ini dimulakan pada awal bulan Mac dan dijangka akan siap dibangunkan pada bulan September. Sistem ini dibangunkan dalam platfom ASP (Active Server Pages) dan bahasa pengaturcaran yang digunakan ialah VBScript, JavaScript, CSS, dan SQL. Perisian Pelayan Web pula adalah IIS (lntemet Information Server). Bagi grafik dan animasi antaramuka, penggunaan perisian grafik seperti Adobe Photoshop 7.0 dan Macromedia Flash MX akan digunakan. Pangkalan data yang akan digunakan pula ialah Microsoft Access 2000/XP. Pembangunan sistem menggunakan model User.Centered Web Design. Model ini adalah yang terbaru dan bersesuaian dengan pembangunan sistem berasaskan laman web.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2004.
    Uncontrolled Keywords: Virtual Community; Perkongsian maklumat; Pengurusan data; Laman sesawang
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 27 Apr 2022 03:55
    Last Modified: 27 Apr 2022 03:56
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13177

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item