Perubahan sosial di kalangan kelompok Bateq-Ndong, (Negritos) Semetong, Pahang / Aizan Mohd Yusof

Aizan , Mohd Yusof (1974) Perubahan sosial di kalangan kelompok Bateq-Ndong, (Negritos) Semetong, Pahang / Aizan Mohd Yusof. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Tesis ini adalah satu kes kajian ke atas perubahan sosial yang mengambil tempat di dalam masyarakat orang Asli kelompok Bateq-Ndong dan juga kaitan ke atas sebab musababnya terdapat perubahan-perubahan ini. Kajian ini dibuat di Bukit Keladi, Semetong, Pahang iaitu 20 batu jauhnya dari Jerantut. Kelompok di Bukit Keladi ini adalah salah satu daripada empat kelompok-kelompok kecil yang terdapat di kawasan yang bermula daripada Batu Balai ke Kampung Mela. Bab I adalah permulaan kandungan di mana latar belakang kelompok ini dengan keseluruhannya diceritakan. Bab II diteruskan dengan perubahan sosial di dalam bidang kebudayaan yang melingkungi seni, kebudayaan kebendaan dan adat-adat perkahwinan. Ini adalah untuk menunjukkan peruabahan yang terdapat dan unsur-unsur luar yang mempengaruhinya. Bab III aspek diperbincangkan berikutnya dan di sisni dibentangkan ekonomi baru yang direncanakan oleh kerajaan dan juga pengaruh wang ke atas kehidupan mereka. Bab IV disebutkan tentang dan peranan perubatan kuno dan moden serta kesan-kesan pelajaran sekolah ke atas aspek ini. Bab V menunjukkan aspek kepercayaan ugama dan peranan Ugama Islam di dalam mempengaruhi kehidupan dan pemikiran mereka. Bab VI dibentangkan selanjutnya perubahan di dalam organissi sosial dari segi politik (pola pimpinan) dan juga sosial. Bab VII sebagai penutup, tesis ini diakhiri dengan rumusan tentang perbincnagan mengenai maslah sosial dan ekonomi kelompok ini serta langkah-langkah kerajaan di atas mengatasi masalah-masalah ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1973/1974.
    Uncontrolled Keywords: Negritos; Orang Asli Bateq-Ndong; Sosial; Kepercayaan ugama; Pembangunan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 20 May 2022 03:20
    Last Modified: 20 May 2022 03:20
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13320

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item