Sistem Perpustakaan Maya FSKTM (FSKTM VirLib) / Mohammad Kamal Mohd Nor

Mohammad Kamal, Mohd Nor (2002) Sistem Perpustakaan Maya FSKTM (FSKTM VirLib) / Mohammad Kamal Mohd Nor. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (19Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Perpustakaan Maya FSKTM atau FSKTM Virtual Library System (FSKTM VirLib) merupakan suatu sistem yang dibangunkan khusus untuk kakitangan akademik (pensyarah) di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Tujuan utama sistem ini dibangunkan adalah untuk membentuk satu repositori data yang bersepadu di mana semua buku rujukan, jurnal, dan penerbitan yang dimiliki oleh semua kakitangan akademik (pensyarah) di fakulti ini dapat disimpan dan dikongsi bersamasama kakitangan akademik tersebut. Sistem ini juga dapat membantu dan memberi kemudahan penempahan dan peminjaman ke atas semua koleksi bahan-bahan yang ada dan terkumpul dalam repositori sistem ini. Selain daripada itu juga, sistem ini juga menyimpan semua maklumat ahli-ahli sistem yang berdaftar di mana semua ahli yang berdaftar mempunyai pengenalan pengguna (Staff ID) dan katalaluan (password) yang tersendiri, maklumat bahan-bahan yang tersimpan dalam repositori data, maklumat akaun peminjam serta memberi kemudahan kepada pengguna sistem ini untuk membuat perlanjutan peminjaman yang dilakukan oleh pengguna sekiranya mereka ingin melanjutkan tempoh peminjaman bahan yang dipinjam. Sistem Perpustakaan Maya FSKTM atau FSKTM VirLib ini meliputi dua bahagian yang utama iaitu pengguna am dan pentadbir pangkalan data. Pada bahagian pengguna, mereka boleh menggunakan sistem ini untuk mencari maklumat bahan-bahan yang ingin digunakan untuk pembelajaran dan pengajaran mereka melalui pengenalan pengguna (Staff ID) dan katalaluan (password) mereka sendiri. Mereka juga boleh menukar katalaluan mereka untuk meningkatkan sistem keselamatan data mereka dalam sistem ini. Mereka juga dibenarkan membuat proses penambahan, penukaran dan pemadaman beberapa maklumat yang dibenarkan di dalam sistem tersebut. Di samping itu juga, pengguna juga dibenarkan untuk melakukan proses penempahan dan peminjaman ke atas koleksi/bahan yang diingini melalui proses penempahan dan peminjaman dengan menggunakan borang paparan penempahan dan peminjaman elektronik yang disediakan. Mereka juga boleh melakukan proses perlanjutan peminjaman koleksi/bahan yang dipinjam sekiranya tempoh peminjaman mereka telah tarnat secara atas talian melalui server. Manakala pada bahagian pentadbir pangkalan data pula, mereka boleh menambah, mengemaskini serta memadam maklumat bahan-bahan yang diperolehi atau tidak lagi berada dalam repositori data ini serta maklumat pengguna sistem ini. Pentadbir pangkalan data akan memperolehi maklumat tarikh penghantaran rujukan yang dipinjam dua hari sebelum dan selepas tarikh penghantaran semasa proses login ke dalam sistem tersebut Sistem ini juga menggunakan kaedah mel elektronik menggunakan Microsoft Outlook sebagai perhubungan antara pengguna sistem dan pentadbir pangkalan data supaya semua maklumat pinjaman pengguna serta semua maklumat bahan-bahan rujukan, jurnal dan penerbitan miHk pengguna dapat disampaikan kepada pentadbir pangkalan data sistem ini supaya disimpan ke dalam repositori pangkalan data sistem tersebut. Peminjam juga akan diberikan amaran tarikh penghantaran bahan pinjaman dua hari sebelum, pada masa dan dua hari selepas tarikh penghantaran secara manual oleh pentadbir pangkalan data tersebut melalui mel elektronik yang digunakan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2002.
    Uncontrolled Keywords: Sistem Perpustakaan Maya FSKTM; Pengurusan maklumat; Repositori data
    Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 15 Jun 2022 07:41
    Last Modified: 15 Jun 2022 07:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13431

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item