Bersekedudukan dan pola-pola hukumnya di Negeri Kelantan

Anonymous, - (1982) Bersekedudukan dan pola-pola hukumnya di Negeri Kelantan. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    Dua perkara penting yang menjadi tajuk penulisan ini ialah jenayah bersekedudukan dan pola-pola hukumnya yang sedang berkuatkuasa di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan. Sebelum memasuki kedua-dua soal pokok tersebut, sebagai permulaannya dalam bab I dihuraikan teori penghukuman dan pengertian jenayah secara umum mengikut konsep Islam dan pendapat sarjana Barat. Untuk itu, diberikan kriteria-kriteria yang digunakan oleh kedua-deua pihak sebagai penentu masing-masing ke atas perjalanan yang dianggap jenayah. Dalam bab II, barulah dihuraikan dengan mendalam berkenaan dengan bersekedudukan dengan memberikan pengertiannya mengikut tafsiran undang-undang mahkamah syariah dan sebab-sebab ianya berbeza dengan perbuatan khalwat. Umunya, kebanyakkan orang tidak dapat membezakan kedua-dua perbuatan tersebut. Diterangkan juga sebab-sebab mengapa orang yang bersekedudukan tidak dapat dituduh melakukan zina walaupun sudah ternyata mereka melakukan zina. Seterusnya diteliti pula perkembangan jenayah bersekedudukan sepanjang 4 tahun untuk mengetahui apakah ianya terus bertambah atau berkurang. Kemudian dianalisa berkorban dengan masa dan tempat kejadian jenayah dan golongan yang terlibat dengannya serta umur, pekerjaan dan taraf perkahwinan setiap pesalah. Ini terdapat dalam bab III. Soal pokok kedua yang dikaji ialah pola-pola hukuman ke atas kesalahan bersekedudukan iaitu dalam bab IV. Di sini, dihuraikan bentuk-bentuk hukuman yang sedang berkuatkuasa sekarang dan sebab-sebab adanya perbezaan hukuman ke atas pesalah. Juga dilihat apakah hukuman tersebut telah menimbulkan kesan atau tidak ke atas pesalah dan masyarakat. Setelah memahami apa sebenarnya jenayah bersekedudukkan dan implikasi hukumannya, beberapa cadangan diutarakan oleh penulis untuk membaiki hukuman dan mengatasi jenayah bersekedudukkan iaitu dalam bab V. Walaupun mungkin saranan tersebut sudah disedari oleh pihak yang bertanggungjawab tetapi masih tidak disedari oleh pihak yang bertanggungjawab tetapi masih tidak ada langkah sewajarnya untuk memperbaikinya. Oleh itu, di masa-masa yang akan dating diharapkan aka nada usaha yang positif dilakukan oleh pihak yang berkenaan untuk mengatasi jenayah ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1981/1982.
    Uncontrolled Keywords: Bersekedudukkan; Mahkamah Syariah Negeri Kelantan; Khalwat; Perkahwinan; Zina
    Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 15 Jun 2022 06:23
    Last Modified: 15 Jun 2022 06:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13441

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item