Mohd Hairul Nizam, Md. Nasir (2003) Perisian penganalisa plagiarisme (Plagiarizer 2003) / Mohd Hairul Nizam Md. Nasir. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (21Mb) | Preview |
Abstract
Perkembangan teknologi bidang perisian komputer dan penggunaannya dalam institusi pengajian menyaksikan lebih ramai para pelajar menggunakan komputer dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Maka, gejala plagiarisme di kalangan para pelajar semakin bertambah mudah dan cepat akibat daripada penggunaan teknologi ini. Perisian penganalisa plagiarisme ini merupakan satu perisian yang dibangunkan untuk membantu para staf akademik khususnya para pensyarah dan tutor di institusi-institusi pengajian untuk mengesan gejala plagiarisme yang berlaku di kalangan tugasan para pelajar. Objektif utama pembangunan adalah untuk menjadi alat automasi bagi memudahkan para pensyarah atau tutor untuk mengesan gejala plagiarisme yang berlaku dalam set tugasan pelajar di mana ia membenarkan proses analisa dilakukan dalam kuantiti yang banyak. Perisian ini berpegangkan kepada 3 konsep utama iaitu ketepatan, mudah untuk digunakan dan berprestasi tinggi. Perisian yang bakal dibangunkan ini berkebolehan untuk menjana laporan bagi melaporkan analisa yang telah dilakukan oleh sistem perisian dengan menunjukkan peratusan plagiarisme dan juga turut menunjukkan perenggan dan ayat yang terlibat dengan gejala plagiarisme ini. Maka berdasarkan laporan yang dijana ini, para pensyarah atau tutor dapat mengesan dan menentukan samada tugasan pelajar tersebut terlibat dengan plagiarisme atau tidak. Segala spesifikasi cadangan pembangunan perisian penganalisa plagiarisme ini akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam laporan ini. Diharapkan agar perisian yang bakal dibangunkan ini, dapat memberi manfaat sepenuhnya terutamanya kepada institusi-institusi pengajian supaya gejala plagiarisme ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa seterusnya dapat melahirkan para pelajar yang dinamik, wibawa dan berpendirian.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2002/2003. |
Uncontrolled Keywords: | Perisian penganalisa plagiarisme; Perisian komputer; Plagiat |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Suhaimi Mohd Isa |
Date Deposited: | 08 Jun 2022 02:39 |
Last Modified: | 08 Jun 2022 02:40 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13512 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |