Penyampaian perkhidmatan jaringan perlindungan sosial dalam kalangan warga emas / Puteh Soraya A. Rahman

Puteh Soraya , A. Rahman (2021) Penyampaian perkhidmatan jaringan perlindungan sosial dalam kalangan warga emas / Puteh Soraya A. Rahman. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (195Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2023.

    Download (1228Kb)

      Abstract

      Tesis ini merupakan satu kajian tentang penyampaian perkhidmatan jaringan perlindungan sosial kepada populasi terpinggir iaitu warga emas miskin / miskin tegar tegar sebatang kara (WEMTSK) di Malaysia. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang kumpulan sasar iaitu warga emas miskin / miskin tegar sebatang kara daripada menerima perkhidmatan dan bantuan program jaringan perlindungan sosial. Kajian ini telah menyelidik isu-isu yang membelenggu kecekapan penyampaian perkhidmatan awam ini. Sesi temubual secara mendalam kepada kumpulan sasar dan para pegawai perancang, penyelaras, pelaksana, dan pemantau program jaringan perlindungan sosial sama ada di peringkat pusat, negeri, dan daerah telah dilakukan bagi mengupas isu tersebut, serta meneliti faktor penghalang keberkesanan usaha penyampaian perkhidmatan. Dapatan daripada sesi temubual ini telah dibanding dengan elemen yang terkandung dalam The SERVICE Framework: A Public-service-dominant Approach for Sustainable Public Services yang diketengahkan dalam revolusi pentadbiran awam New Public Governance bagi menentukan kecekapan dan kelestarian sesebuah organisasi perkhidmatan awam. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat empat cabaran utama yang mempengaruhi penyampaian perkhidmatan jaringan perlindungan sosial kepada warga emas miskin / miskin tegar sebatang kara di Malaysia, iaitu (a) cabaran tadbir urus, (b) cabaran kumpulan sasar, (c) cabaran penyelarasan bantuan, dan (d) cabaran pengurusan data. Keempat-empat cabaran ini memerlukan penambahbaikan terutamanya daripada segi komitmen pegawai dan pemimpin tempatan, analisis mikro keperluan kumpulan sasar, penyelarasan pelaksanaan program, dan analitik data raya bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam pada masa hadapan.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Business & Administration, Universiti Malaya, 2021.
      Uncontrolled Keywords: Perlindungan sosial; Warga emas; Pentadbiran awam; Miskin tegar; Public governance
      Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
      H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
      Divisions: Faculty of Business and Accountancy
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 21 Nov 2022 10:36
      Last Modified: 21 Nov 2022 10:36
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13747

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item