Kemiskinan dan program-program pembangunan pertanian di Kampung Batu Bertangkup, Mukim Cuping Perlis, dengan tumpuan kepada peranan dan aktiviti pertubuhan peladang di kawasan kajian / Tan Chong Jin

Tan , Chong Jin (1986) Kemiskinan dan program-program pembangunan pertanian di Kampung Batu Bertangkup, Mukim Cuping Perlis, dengan tumpuan kepada peranan dan aktiviti pertubuhan peladang di kawasan kajian / Tan Chong Jin. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah merupakan satu kajian ke atas masyarakat luar bandar dengan tujuan meneliti apakah sebab-sebab yang mendorong komuniti ini terus berada dalam situasi kemiskinan. Dalam kajian ini dibicarakan juga program-program pembangunan pertanian dengan tumpuan kepada peranan dan aktiviti Pertubuhan Peladang. Bab I, membicarakan mengenai tujuan dan bidang kajian, masalah kajian, kepentingab kajian, metodologi dan masalah-masalah yang dihadapi semasa membuat kajian dan cara mengatasinya. Bab II, menyentuh tentang konsep kemiskinan, definisi kemiskinan, bagaimana pengukurannya dibuat dan teori-teori kemiskinan yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh yang melihat fenomena kemiskinan ini. Bab III, memerihalkan latarbelakang responden, dan kawasan kajian, Antara yang diselidiki adalah jenis pekerjaan dan corak pendapatan, umur ketua keluarga, jumlah tanggungan, corak perbelanjaan, kadar simpanan, pinjaman, hutang, taraf pendidikan dan kemudahan-kemudahan rumah yang ada. Bab IV menerangkan program-program pembangunan dan akticiti-aktiviti pekerjaan yang ada. Berhubung dengan ini dilihat apakah program-program pembangunan yang telah dilaksanakan dan jenis-jenis pekerjaan yang wujud akibat daripada proses-proses pembangunan yang berlaku. Bertujuan juga untuk melihat sumber pendapatan penduduk kampong. Bab V menganalisa peranan serta organisasi Pertubuhan Peladang di peringkat negara termasuk matlamat dan strategi-strateginya. Di buat penganalisaan juga ke atas aspek pengurusan, aktiviti, perkidmatan dan peranannya dalam kegiatan pertanian. Bab VI merupakan rumusan dari kajian yang telah dilakukan. Diberikan juga cadangan-cadangan agar program-program yang dijalankan dapat diperkemaskini lagi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Kemiskinan; Pembangunan; Pertubuhan peladang; Perbelanjaan; Pendapatan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 Nov 2022 10:27
    Last Modified: 21 Nov 2022 10:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13765

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item