Pola pemilikan tanah di Kampung Semaloi dan Bukit Pasir Endau Mersing Johor implikasi sosial dan ekonomi

Anonymous, - (1982) Pola pemilikan tanah di Kampung Semaloi dan Bukit Pasir Endau Mersing Johor implikasi sosial dan ekonomi. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah berasaskan kepada pola pemilikan tanah dan kesannya ke atas corak ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat tani Melayu. Kajian ini dilakukan ke atas petani-petani di Kampung Semaloi dan Kampung Bukit Pasir di Daerah Endau Johor. Latarbelakang kampong ini dihuraikan dalam bab pertama. Dalam bab yang kedua pula disentuh bentuk pemilikan tanah yang menjadi tema kepada kajian ini. Masalah petani yang kelaparan tanah kerana rata-rata yang dikerjakan adalah sempit. Masalah pemilikan tanah yang sedemikian mempunyai hubungan yang rapat dengan kadar pendapatan yang diperoleh oleh petani. Kedudukan ini diperjelaskan lagi dalam bab ketiga yang secara khusunya menyentuh soal daya pengeluaran pertanian bentuk-bentuk pekerjaan tanah yang dilakukan. Dalam bab ini juga dihuraikan masalah-masalah besar yang dihadapi oleh petani dalam usaha mereka menambah tingkat pengeluaran khususnya dalam pekerjaan tanah sawah. Dalam bab yang keempat pula tentang implikasi ekonomi dan pengagihan pendapatan. Adalah jelas dalam kajian itu menunjukkan pendapatan petani sebenarnya tidak banyak berubah dari tahap kemiskinan. Manifesto ini dapat di kesan dari kurangnya simpanan modal sama ada dalam bentuk harta modal atau wang tunai dikalangan petani. Masalah ekonomi akan turut membabitkan masalah sosial pula. Dalam bab yang keempat dan kelima dihuraikan bagaimana kekurangan petani dari segi pendapatan mempengaruhi kemampuan mereka untuk menyekolahkan anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam dua bab terakhir ini ada juga dibincangkan perbandingan di antara sektor pertanian dan bukan pertanian bagi tujuan menjelaskan lagi bagaimana pengaruh tingkat pendapatan di kalangan petani yang di kaji. Di bahagian penutupnya pula telah disentuh beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pihak yang berkuasa untuk mengatasi masalah ini haruslah dilihat dari sudut yang berbagai disiplin. Sama ada yang berbentuk sosiologikal atau yang bukan berbentuk sosiologikal.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1981/1982.
    Uncontrolled Keywords: Pemilikan tanah; Sewaan tanah; Mersing; Sosial; Ekonomi
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 13 Oct 2022 06:22
    Last Modified: 13 Oct 2022 06:22
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13915

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item