Engku Nor Zalifah , Engku Abdul Rased (2021) Kajian psikologi humanistik watak Mardiah dalam naskhah Pokok Karya Johan Jaaffar / Engku Nor Zalifah Engku Abdul Rased. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (181Kb) | |
PDF (Thesis M.A) Download (1035Kb) |
Abstract
Kajian mengenai watak dan perwatakan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ilmu psikologi. Aspek psikologi membatasi tingkah laku, pemikiran dan kegiatan yang dilakukan oleh watak dalam sesebuah naskhah. Tingkah laku dan pemikiran ini merupakan data yang menjadi petunjuk kepada keadaan jiwa dan mental watak. Kajian psikologi watak ke atas karya-karya seni di Malaysia kebanyakannya bertumpu kepada watak-watak dalam karya prosa sementara sangat sedikit fokus diberikan kepada kajian watak dalam drama. Manakala teori yang digunakan banyak bertumpu pada teori klasik seperti Sigmund Freud. Pengkaji percaya terdapat satu pendekatan lain yang boleh diteroka untuk membincangkan psikologi watak dan perwatakan iaitu Teori Psikologi Humanistik oleh Abraham Maslow. Teori ini menyarankan lima tingkat hierarki keperluan watak yang perlu dilalui oleh manusia sebelum mencapai ciri-ciri unggul dan aktualisasi diri. Justeru, pengkaji memulakan sebuah penyelidikan berkaitan psikologi watak Mardiah dalam naskhah drama Pokok karya Johan Jaaffar menerusi kerangka teoritikal Maslow ini. Mardiah merupakan watak seorang wanita yang telah mengalami pelbagai peristiwa tragik dalam hidupnya, tetapi akhirnya memilih untuk tidak mengalah malah bangkit sebagai manusia yang lebih baik, mencari kesempurnaan hidup dalam caranya sendiri. Objektif penyelidikan ini adalah untuk menganalisis aspek emosi serta konflik watak Mardiah dalam mengemukakan simbol keunggulan seorang wanita. Aspek tersebut akan diinterpretasi melalui pengalaman watak Mardiah yang akhirnya mencapai kesempurnaan dan aktualisasi diri. Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan sebagai pendekatan menganalisis serta menginterpretasi watak Mardiah. Data dikumpul melalui pembacaan teliti serta temu bual. Maklumat yang diperoleh kemudiannya diklasifikasikan berdasarkan lima hierarki keperluan watak seperti yang terkandung dalam Teori Psikologi Humanistik Maslow. Hasil kajian ini telah mengangkat watak Mardiah sebagai simbol wanita unggul yang memiliki potensi diri tertinggi. Penemuan potensi tertinggi dalam watak Mardiah ditandai menerusi tiga aspek penting iaitu: aspek emosi, konflik watak dan simbol keunggulan watak Mardiah. Melalui proses pengalaman dan kerendahan hati yang dimiliki Mardiah, wataknya berhasil menuju ke arah aktualisasi pada pengakhiran hidupnya kerana dia mampu melepasi masa-masa sukar yang berlaku akibat perlakuan dirinya sendiri mahupun pengaruh persekitaran. Teori Psikologi Humanistik Abraham Maslow berhasil memaparkan potensi diri, keunggulan dan kesempurnaan watak Mardiah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A) – Faculty of Creative Arts, Universiti Malaya, 2021. |
Uncontrolled Keywords: | Abraham Maslow; Johan Jaaffar; Psikologi humanistic; Watak; Naskhah Pokok |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > PN2000 Dramatic representation. The Theater |
Divisions: | Cultural Centre |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 18 Feb 2024 03:49 |
Last Modified: | 18 Feb 2024 03:49 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14800 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |