Pengaruh kepuasan dan perspektif guru penasihat sukan terhadap kepimpinan transformasional Penolong Kanan Kokurikulum / Dhavasini Arumugham

Dhavasini , Arumugham (2019) Pengaruh kepuasan dan perspektif guru penasihat sukan terhadap kepimpinan transformasional Penolong Kanan Kokurikulum / Dhavasini Arumugham. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (208Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1440Kb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perspektif guru penasihat sukan terhadap kepimpinan transformasional penolong kanan kokurikulum dan kepuasan guru penasihat sukan sekolah rendah di Selangor. Responden kajian ini melibatkan 420 orang guru penasihat sukan yang terdiri daripada tiga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) iaitu PPD Klang, PPD Kuala Selangor dan PPD Petaling Perdana. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan borang soal selidik yang merangkumi 31 item yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A: Data Demografi, bahagian B: Soal Selidik Kepimpinan Transformasional dan bahagian C: Soal Selidik Kepuasan Guru. Kaedah deskriptif (min dan sisihan piawai) dan kaedah inferensi (Ujian-t, ANOVA Satu Hala, Korelasi Pearson dan Multiple Regression) digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perspektif guru penasihat sukan terhadap kepimpinan transformasional penolong kanan kokurikulum berada pada tahap yang sangat tinggi. Selain itu, kepuasan guru penasihat sukan turut berada pada tahap yang sangat tinggi. Manakala, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi perspektif guru penasihat sukan terhadap kepimpinan transformasional penolong kanan kokurikulum berdasarkan faktor jantina, etnik, lokasi sekolah tempoh pengalaman mengajar di sekolah, dan taraf akademik. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kepuasan guru penasihat sukan berdasarkan faktor etnik, lokasi sekolah tempoh pengalaman mengajar di sekolah, dan taraf akademik, tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor jantina. Dari segi kepimpinan transformasional dengan tahap kepuasan, terdapat hubungan korelasi yang kuat di antara perspektif kepimpinan transformasional Penolong kanan Kokurikulum dan kepuasan guru penasihat sukan. Hasil dapatan kajian ini turut menunjukkan dimensi kepimpinan transformasional ‘Karismatik (K)’ mempunyai kesan yang paling dominan daripada dimensi ‘Pertimbangan Individu (PI)’, ‘Motivasi Berinspirasi (MB)’, ‘Rangsangan Intelektual (RI)’. Sebagai rumusan, cadangan kajian lanjutan telah dicadangkan bagi menilai kepimpinan transformasional dan kepuasan guru penasihat sukan dalam meningkatkan pengurusan mutu sukan di sekolah.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Perspektif guru penasihat sukan; Kepimpinan transformasional; Penolong Kanan Kokurikulum; Kepuasan guru
      Subjects: L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Mathematics & Science Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 13 Nov 2024 03:55
      Last Modified: 13 Nov 2024 03:55
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15076

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item