Pembangunan kerangka domain pengajaran bahasa Arab bagi pengajar di pusat tahfiz / Ali Trimahno Ahmad Turmudi

Ali Trimahno , Ahmad Turmudi (2021) Pembangunan kerangka domain pengajaran bahasa Arab bagi pengajar di pusat tahfiz / Ali Trimahno Ahmad Turmudi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (184Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1133Kb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kerangka Domain Pengajaran Bahasa Arab Bagi Pengajar di Pusat Tahfiz. Pembinaan kerangka ini adalah bertujuan untuk menjadi suatu garis panduan terhadap kompetensi dan domain pengajaran yang perlu dikuasai oleh para guru dan pengajar Bahasa Arab di Pusat Tahfiz. Kajian ini menggunakan pendekatan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) dalam membangunkan matriks domain pengajaran dan elemen yang terkandung di dalamnya dengan berdasarkan pandangan dan kesepakatan kumpulan panel pakar yang terdiri daripada 25 orang iaitu 20 orang dalam kalangan guru tahfiz itu sendiri dan 5 orang pakar adalah dalam kalangan guru Bahasa Arab. Kesemua pakar ini juga mestilah mempunyai pengalaman mengajar di Pusat Tahfiz sekurang-kurangnya lima tahun. Hal ini adalah berasaskan pandangan Berliney yang menghujahkan bahawa seorang guru dianggap pakar apabila mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada lima tahun. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa terdapat lima domain pengajaran yang perlu dikuasai oleh guru dan pengajar yang mengajar bahasa Arab di Pusat tahfiz iaitu 1) Persediaan Guru; 2) Pemahaman Konsep; 3) Penyediaan Tugasan & latihan; 4) Pengukuhan PdP dan; 5) Penilaian. Bagi domain Persediaan Guru, ia adalah meliputi elemen Guru tahfiz hendaklah menjalankan penyusunan awal proses PdP yang berasaskan penggunaan Bahasa Arab meliputi skema sedia ada kepada pelajar dan hendaklah menjalankan proses pengenalan menggunakan Bahasa Arab yang mampu menarik perhatian pelajar dalam proses menghafaz Al-Quran. Manakala domain Pemahaman Konsep adalah meliputi elemen Guru tahfiz hendaklah mampu memberikan contoh-contoh input yang berguna sebagai motivasi kepada pelajar dalam menjalankan proses hafazan dan hendaklah mampu mengemukakan maklumat yang berguna dalam Al-Quran sebagai asas kepada pemantapan hafazan pelajar dan hendaklah mampu melakukan pengembangan yang merangkumi penerangan jelas tentang maklumat yang baik dalam Al-Quran kepada pelajar. Domain Penyediaan Tugasan dan latihan pula adalah melibatkan elemen Guru tahfiz menerangkan proses inkuiri yang perlu diaplikasikan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah hafazan yang dihadapi dan hendaklah mampu menentukan dan mengemukakan masalah yang sering terjadi dalam proses menghafaz Al-Quran. Guru tahfiz hendaklah mampu menjalankan latihan terbimbing secara aktif bagi meningkatkan ingatan kepada pelajar. Bagi elemen Pengukuhan PdP adalah terdiri daripada elemen Guru tahfiz hendaklah berupaya membantu pelajar untuk menguji hipotesis yang dijalankan dalam proses menghafaz Al-Quran menggunakan Bahasa Arab dan berupaya membimbing pelajar dalam membuat hipotesis dengan mengumpulkan data permasalahan yang mereka hadapi dalam proses menghafaz Al-Quran menggunakan penggunaan Bahasa Arab. Domain terakhir iaitu penilaian adalah mengandungi elemen Guru tahfiz hendaklah berupaya merumuskan proses pengajaran hafazan yang diajar kepada para pelajar setelah selesai pengkuliahan dijalankan dan mampu menjalankan penilaian latihan kendiri dengan menggunakan bahasa arab yang bertujuan untuk membantu pelajar menentukan tahap penguasaan yang dicapai pelajar dan mampu melaksanakan ujian yang menggunakan bahasa arab untuk melihat pencapaian hafazan pelajar dan juga mahir dengan proses penilaian yang digunakan untuk mentaksir kemajuan pelajar sama ada secara formatif dan sumatif. Kesemua domain dan elemen ini dilihat mampu digunakan sebagai suatu panduan kepada para guru dan pengajar Bahasa Arab di Pusat Tahfiz.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2021.
      Uncontrolled Keywords: Domain pengajaran; Bahasa Arab; Al-Quran; Tahfiz; Pengukuhan PdP
      Subjects: L Education > L Education (General)
      P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Language & Literacy Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 14 Jun 2024 05:16
      Last Modified: 14 Jun 2024 05:16
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15094

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item