Keupayaan kognitif am kanak-kanak prasekolah kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur / Nurul Rizuana Zailan

Nurul Rizuana, Zailan (2020) Keupayaan kognitif am kanak-kanak prasekolah kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur / Nurul Rizuana Zailan. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (208Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1547Kb)

      Abstract

      Keupayaan kognitif adalah merupakan satu komponen yang terdapat di dalam bidang psikologi kognitif yang melibatkan pemahaman mengenai sifat semulajadi fikiran manusia. Manakala perkembangan kognitif kanak-kanak pula perlu dirangsang seawal mungkin kerana kognitif adalah komponen utama yang akan menentukan keseluruhan aspek perkembangan lain dalam diri seseorang kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana perbezaan keupayaan kognitif am kanak-kanak Prasekolah Kerajaan dan Swasta di sekitar Kuala Lumpur. Kajian ini mengenai keupayaan kognitif am yang melibatkan kajian kuantitatif bukan eksperimental yang menggunakan pendekatan kaedah tinjauan secara cross-sectional (cross-sectional survey). Dalam kajian ini seramai 121 orang kanak-kanak prasekolah kerajaan dan swasta berumur 5 hingga 6 tahun yang telah diambil sebagai sampel bagi mengenalpasti tahap keupayaan kognitif dengan menggunakan Instrumen Mc Charty Scales of Childrens Abilities (MSCA). Data dikumpulkan menggunakan instrumen Mc Charty Scales of Childrens Abilities (MSCA) dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Data deskriptif menunjukkan peratus keupayaan kognitif am kanak-kanak prasekolah kerajaan dan swasta berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan tahap keupayaan kognitif kanak-kanak prasekolah kerajaan dan swasta tidak berbeza secara signifikan. Data Statistik menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan bagi keupayaan kognitif berdasarkan pendidikan bapa dan pendidikan ibu. Tahap pendapatan ibubapa tidak memberi kesan kepada tahap keupayaan kognitif kanak-kanak prasekolah di Kuala Lumpur. Sebagai kesimpulan jenis jantina, tahap pendidikan ibubapa dan tahap pendapatan ibu bapa tidak memberi kesan terhadap tahap keupayaan kognitif kanak-kanak prasekolah kerajaan mahupun swasta.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Kanak-kanak prasekolah; Kognitif; Modal insan; Kemahiran interpersonal; Kreativiti
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
      L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 10 Nov 2024 05:59
      Last Modified: 10 Nov 2024 05:59
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15125

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item